Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Perantau

Monday, June 8, 2009

Perantau

Pagi itu betul-betul sejuk. Hampir satu jam kami bermusafir, dari Shah Alam menuju ke Nilai. Bersama seorang sahabat, kami menunggang gagah motosikal jenama wave meredahi pagi yang sangat dingin. Aku tersengguk membonceng di belakang. Letih. Tiba-tiba sahabat membelok ke arah pinggir jalan. Aku tersedar dari lena.





ROADBLOCK



“ Adik, mintak roadtax..” Pinta seorang anggota polis berbangsa india lengkap beruniform.



Roadblock di Bandar Nilai. Motosikal diletak di pinggir jalan, perlahan kami turun dari kenderaan. Mamai bercampur mengantuk. Sahabat mencari cukai jalan tersebut di segenap ruang. Dari bahagian luar sehinggalah ke bahagian tangki motosikal. Hampa. Roadtax yang dicari gagal ditemui, kami buntu. Ada ketakutan terpahat di wajah kami berdua. Timbul perasaan bimbang didalam hati sekiranya motosikal pinjaman itu menjadi mangsa tahanan dibalai polis. Abang polis masih setia menanti.



“Talipon je la tuan dia, tanya dia letak kat mana” aku memberi cadangan.



Alhamdulillah, pemilik motosikal tersebut menyambut panggilan kami. Walaupun jam di handset telah pun menunjukkan jam 2.30 pagi. Malangnya, Dia kini berada di Kajang bersama Roadtax yang dicari. Kami redha. Muka sepuluh sen dipamerkan sebaiknya. Moga-moga dapat melahirkan perasaan simpati.

Kami dibawa berjumpa dua orang anggota polis yang sedang sibuk menulis saman. Beberapa orang mangsa saman mengelilingi meja bulat tersebut.







PERANTAU MUSAFIR PERJUANGAN



Perjalanan tersebut sangat meletihkan jiwa. Minggu musafir untuk aku. Tanpa kita sedar, Kita semua adalah musafir yang sedang merantau menuju ke destinasi yang sama. Strategi, ilmu, dan kesedaran amat diperlukan agar tidak sesat dalam perjalanan.

Sabda rasulullah S.A.W

“ Bagiku berada di dunia ini ibarat seorang yang berjalan di tengah panas lalu singgah sebentar berteduh di bawah sepohon kayu yang rendang, selepas beristirehat barang seketika untuk menghilangkan penat, maka beredarlah dia meninggalkan pohon rendang itu dan meneruskan perjalanan”.

Perantau memerlukan bekalan dan rehat yang cukup untuk meneruskan perjalanan ke destinasinya yang utama. Beruntung bagi perantau yang menggunakan masa berteduh di pohon tersebut untuk mengumpulkan bekalan (amal kebajikan) dan mempersiapkan diri bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang.

Namun amat rugi dan sia-sia bagi perantau yang leka dengan perhentian yang hanya sementara. Mereka terus hanyut dibuai bayu yang menyenangkan sehingga terlupa menyediakan bekalan untuk destinasi mereka yang utama ( kehidupan di akhirat ).





Dan Tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?

(Surah Al-An’aam: 32)

Kesimpulan, jangan kita leka di bawah pohon yang rendang itu. Mari kita siapkan diri dengan bekalan secukupnya untuk perjalanan seterusnya.

ROADBLOCK DIRI

“Ni ha, tak dek roadtax..” polis india memberitahu rakan setugasnya.

“Roadtax ada dekat tuan dia, dia sekarang dekat Kajang” aku menyampuk.

“Mintak lesen dengan ic” anggota polis separuh umur meminta.

Mulutnya tidak henti membebel dan menasihati tentang kecuaian kami. Selepas satu panggilan dibuat oleh anggota polis tersebut, ternyata cukai jalan motosikal sahabat masih beroperasi. Pagi itu kami terlepas daripada saman atas kesalahan cukai jalan. Namun, sahabat tetap disaman atas kesalahan lesen yang telah tamat tarikh luputnya.

Roadblock amat digeruni bagi mereka yang tidak bersedia. Roadblock menjadi satu medan muhasabah bagi pemandu. Perjalanan pada pagi itu memberikan saya beberapa pengajaran. Checklist sebelum memulakan perantauan:

ü Adakah lesen yang kita bawa masih bernyawa?

ü Adakah kita membawa cukai jalan?

Mari kita analogikan perjalanan tadi sebagai satu perjalanan yang sangat panjang. Perjalanan menuju ke hari yang kekal abadi. Perantau yang berjaya akan sentiasa menjalankan roadblock diri, sentiasa bermuhasabah diri.

Khalifah Umar bin Khatab pernah berkata, “Muhasabahlah serta hitunglah dirimu sebelum kamu dihitung oleh Allah.”

Perbezaan yang ketara. Roadblock jalan raya memerlukan penguatkuasa, namun roadblock diri kitalah sebagai penguatkuasa itu sendiri. Saya menyenaraikan beberapa checklist untuk kita sama-sama bermuhasabah:

ü Adakah saya berbangga dengan cara hidup islam dan berazam menjadikannya cara hidup kita?

Khalifah Umar pernah berkata

“Apabila kita mencari kemuliaan dengan cara hidup yang lain daripada islam, Allah akan menimpakan kehinaan ke atas kita.”

ü Adakah saya menyedari ilmu adalah pintu gerbang segala kebaikan? Adakah saya sering mengikuti program-program khas yang dapat membantu meningkatkan ilmu agama.

Nabi S.A.W bersabda

“Menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas muslim.” Hadis ini dilaporkan oleh imam ibn Majah.

ü Adakah saya mudah berburuk sangka dan suka mencari kesalahan orang lain?

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

(al-hujurat: 12)

(Sumber : 7 Formula individu cemerlang )

Sekiranya melalui roadblock jalan raya kita akan disaman atas setiap kesalahan, mari kita melaksanakan penguatkuasaan keatas diri kita sendiri melalui roadblock diri, menjatuhkan hukuman yang setimpal. Baja Muhasabah.

Setelah saman dianugerahkan, kami meneruskan perjalanan menuju ke suatu destinasi untuk merehatkan mental yang sudah lemah. Mehnah perantau tidak berakhir di situ. Sewaktu perjalanan pulang ke kolej kediaman, minyak motosikal kehabisan. Maka motosikal kami terpaksa diusung dari UIA Nilai menuju stesen minyak yang berjauhan. Peluh bercampur keringat.

Perantau musafir perjuangan.

p/s : Islam memimpin perubahan. bersama kita renungkan..

Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments: