Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: soya sejuk

Monday, October 18, 2010

soya sejuk




running time~ (sources)






“Cakap semua pandai, yang buat kerja berapa kerat jea..” pak cik mengeluh sambil mengelap keringat di muka.

Saya bersama sahabat diam mendengar. Tengah hari tersebut penuh emosi, semuanya akibat sedikit salah faham penggerak yang terlibat.

Dan akibatnya segelintir tidak menjalankan tugas, dan kerja yang diamanahkan tersebut sepatutnya sudah hampir sempurna kami kerjakan, tetapi sehingga tengah hari tersebut langsung tidak berjalan.

Namun sesi beremosi tersebut tidak lama.

Selesai semuanya, pak cik berkongsi pengalaman, saya kira sebuah ‘taujihat’ tengah hari. Ditemani air kacang soya sejuk, kami berdua kusyuk mendengar.

“Rezeki Allah yang bagi..” pak cik bercerita.

Hari tersebut cukup bermakna saya kira, mendengar sedikit perkongsian, perihal pengalaman dan ujian sebagai pejuang agama Allah, dari sudut praktikal dan realiti pastinya.
Bercerita perihal pengalaman sebagai seorang pejuang yang disulam tawakal yang cukup tinggi terhadap Allah swt. 



Tentang sinisnya masyarakat terhadap golongan yang membawa islam.



Namun, mata masyarakat mula terbeliak dengan kejayaan seorang anak beliau yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Rusia.


Membuktikan rezeki adalah di tangan Allah, bukan di tangan makhluk.

Saya termenung.

Allah swt berfirman, maksudnya:

“kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).
(surah Attaubah ayat 42)

Saya terus termenung.

Moga-moga kita semua terus istiqamah dengan islam..



p/s: berjuang itu pahit kerana syurga itu manis


Perantau Musafir Perjuangan
library, usim.



Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment