Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Armagedon 2012

Thursday, October 7, 2010

Armagedon 2012




kiamat itu pasti~ source



“Kamu semua pernah tengok buku ni?” saya bertanya, ‘Armagendon 2012’ segera dikeluarkan. Semua nampaknya berminat.


“Buku ni ada kaitan dengan filem 2012.. tapi menurut perspektif islam” saya menambah. Sahendran, Vinod dan Vineash membelek-belek buku tersebut. Anak-anak murid saya di pusat tuisyen mawar, empat orang semuanya, Priya entah kemana. 

Dan saya kira semuanya hindu.

Mereka bertiga tertarik dengan istilah ‘iluminati’ dan teori konspirasi yang telah saya kongsikan pada minggu sebelumnya.

Petang itu, selesai sesi kimia saya mengambil peluang bercerita perihal kiamat dan langsung membuka mata ketiga-tiga mereka tentang islam. Manalah tahu jika diberikan hidayah, menjadi asbab untuk mereka mengkaji dan langsung menerima islam suatu hari nanti, dan itu menjadi saham untuk saya.

Ameen..



KIAMAT

“Cikgu betul ke 2012 bumi kiamat? Kami baru je lepas SPM time tue..” Vinod bertanya, saya tersenyum.

“Cikgu pun baru grade time tu..” satu kelas ketawa

“Betul, ada kajian mengatakan kemungkinan planet-planet dalam sistem suria kita berada dalam keadaan sejajar pada tahun 2012, langsung menyokong teori kiamat 2012..”

“Tapi, NASA membantah sekerasnya dakwaan planet sejajar akan menghancurkan bumi dan menyebabkan kiamat, fenomena biasa..” saya mengulas serba sedikit kandungan buku tersebut.

Saya kira Armagendon 2012 cukup kaya dengan hujah-hujah ilmiah untuk menyangkal setiap dalil yang mengatakan kiamat akan berlaku pada 21 desember 2012, hasil ramalan kaum maya. Paling menarik huraian hadis-hadis nabi SAW tentang hari kiamat dikaitkan dengan proses sains, menurut pandang sisi kimia, fizik dan biologi.

Kaedah pengklonan, tindak balas biologi tubuh manusia terhadap dukhan (asap) selepas hentaman meteor dikupas satu persatu. Cukup sesuai untuk dihadam golongan yang mendalami sains. Namun, dakwaan yang mengatakan terdapat agenda konspirasi daripada gerakan iluminati didalam filem tersebut tidak pula disentuh.

 “Kamu percaya kiamat?” saya mula memasuk jarum.

“Agama hindu percaya selepas mati manusia akan dihidupkan semula samada menjadi manusia ataupun haiwan mengikut amalan yang dikerjakan semasa hidup.. penamatnya ‘Moksha’ penyatuan dengan tuhan..” Jelas Vineas.

“Bagi umat islam, kami percaya kepada hari kiamat..” saya membalas. Saya ceritakan kepada mereka kronologi dan tanda-tanda menjelang kiamat, tentang kedatangan Al-masih Dajjal yang mengaku sebagai tuhan, keluarnya yakjuj dan makjuj, dan penurunan semula nabi Isa putra Maryam bagi memimpin umat manusia. Saya jelaskan perbandingan pemahaman hari kiamat antara kristian, yahudi dan islam, moga-moga mereka diberi hidayah untuk mengkaji dan mendalami agama fitrah ini, tidak lain agama islam.

Petang itu mungkin saya seorang yang termenung. Hari kiamat pasti akan berlaku, hari yang penuh kedasyatan. Terpulang kepada kita untuk mempersiapkan diri.

Dan sama-sama doakan moga- moga semua anak murid saya menerima islam suatu masa nanti.

Ameen..




p/s- kiamat itu pasti..


Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments:

  1. nice..tersirat darah baca tulisan si perantau

    hurm,best2


    p/s:kata nak pencen dah jadi cg tuisyen

    ReplyDelete
  2. uish.. trsirat darah? rasa tak pencen kot..

    i.Allah sampai kena buang kerja.. haha

    ReplyDelete
  3. Abu Muhammad Al-MujahidOctober 8, 2010 at 8:52 AM

    aku dh dgr dh cter ko ni dlm kls ari2 ko cter...zz. rplay ke?ha2

    ReplyDelete