Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Ibtila'

Sunday, October 10, 2010

Ibtila'


huh?~ source

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Alah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Saya tidak pernah jemu berulang kali membaca post-post terdahulu didalam blog ini, setiap satu ada ceritanya tersendiri. Maklum, kerana penulisnya adalah saya sendiri. Bertatih bercerita dan berkongsi pemikiran melalui tulisan, subjeknya tidak lari daripada manusia. Tentang sahabat, keluarga, buku-buku berpengaruh, pemikir- pemikir hebat dan diri saya yang hina ini pastinya.

Dan Temanya tidak lain adalah untuk mengislahkan diri sendiri sambil berdakwah mengajak pembaca-pembaca yang lain. Moga-moga usaha yang sedikit itu dinilai dan terhindar daripada dicemari sebarang sifat mazmumah seperti ujub, riak dan sewaktu dengannya.

Kadang-kadang beremosi dan kadang-kadang melangit keawangan. Membaca perkongsian, pengalaman dan cerita-cerita menerusi kaca mata manusia yang penuh dosa dan hina ini. kadang-kadang tersenyum sendiri. 

Dan kadang-kadang diuji dengan apa yang saya katakan! 

Allah Ta'ala berfirman..
"Dialah yang telah menciptakan kematian dan kehidupan dalam rangka menguji (ibtila') kalian, siapakah di antara kalian yang terbaik amalnya.."
QS Al Mulk ;2


IBTILA'

Saya pernah katakan supaya kita terus istiqamah dalam amalan sambil menambah amalan-amalan sunat harian untuk tarbiah ruhiyah. Solat jemaah, zikir mathurat, dhuha dan taubat. 

Pernah juga saya katakan supaya kita terus istiqamah dengan islam, islam way of life, islam sebagai cara hidup bukan sekadar agama untuk dianuti seperti mana agama-agama lain yang berada diatas muka bumi ini.. 

Pernah juga saya menulis tentang kata-kata semangat untuk terus hidup dalam bimbingan syariat, jangan sesekali melanggar syariat, jangan bercouple sebelum terbit lafaz ijab dan kabul. 
Buatlah yang itu, dan jangan buat yang ini..

Pernah juga menulis supaya kita terus kentar dan tegar berada didalam jalan dakwah selagi islam belum tertegak dan kembali berada di tempatnya semula. Dan hanya pada Allah tempat bermohon dan mengadu sebarang masalah layaknya seorang pejuang agama Allah. Terus istiqamah dalam perjuangan. 

Namun, ujian yang datang betul-betul menyesakkan dada. 

Benar, kita diuji dengan apa yang kita katakan. 

Ah, Bercakap cukup senang, namun peritnya usaha untuk kekal istiqamah dan menuju kearah itu.  Payahnya beristiqamah dalam amalan, sukarnya istiqamah dalam perjuangan. Dan tidak mudah untuk melakukan apa yang disuruh dan sedaya meninggalkan apa yang dilarang. Semuanya memerlukan mujahadah yang cukup tinggi.

Cukup gerun memikirkan amaran keras Allah swt,

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian kerjakan. Sungguh besar kemurkaan di sisi Allah karena kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.”
QS. Ash Shaff ;2-3

Namun, ujian itulah satu proses dalam kehidupan. Benar, Allah akan uji apa yang kita katakan, apa yang kita dakwahkan. Semua itu tidak lain bagi menilai sedalam mana keimanan dan ketakwaan diri kita kepadaNya dan lansung mengotakan setiap lafaz yang kita alunkan.

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian)" 
Surah al-Ankabuut ;2

Dan ingatlah, Allah sentiasa membantu saya dan anda

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. 

(Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Surah Al-Baqarah ;286

Astagfirullahalazim..



Perantau musafir perjuangan
Desa Jati, Nilai.

Read more: perantaudiary | life is journey

10 comments:

  1. benar akhi,..ana juga merasakan seperti anta,..
    kita beanr2 akan diuji dengan apa yang kita katakan.........

    ReplyDelete
  2. betul, solusinya tidak lain mujahadah, =)
    ~mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis..

    -perantau

    ReplyDelete
  3. mujahadah~~~

    the word that came from perantau's mouth once upon a time.thanks for every single thing.U create a life, friend.Yup, hidup itu sebuah perjalanan.Tidak ada manis ika tidak diuji,tidak ada warna jika tidak diduga.

    Syukran ala kulli hal.Kalau tidak kerana warna-warni ini, tidak akan sampai diri ke tahap ini.=))Thank friend!!!

    ReplyDelete
  4. bereh.. =)
    -perantau

    ReplyDelete
  5. perjuangan dakwah adlh prkataan yg sering didengari pd ini zaman. tetapi ganjil utk mendengari satu perkataan yg mana ia sgt diperlukan pd setiap pndakwah atau bkn pndakwah.

    -mujahid-

    ReplyDelete
  6. mujahid, ana x faham..

    -perantau

    ReplyDelete
  7. mujahid, ana x faham..

    -perantau

    ReplyDelete
  8. sudah gaharu cendana pula,,,
    begitulah pepatah melayu.

    -mujahid

    ReplyDelete
  9. Abu Muhammad Al-MujahidOctober 19, 2010 at 9:31 AM

    sudah cendana, bunga lawang pula..

    ReplyDelete