Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: permainan tanpa peraturan

Monday, October 25, 2010

permainan tanpa peraturan




 Nama dia syahir~

“Game seterusnya, cuba sebutkan nama permainan yang tak de peraturan..” saya meneruskan aktiviti.

“Teka-teki ke bang?” syahir bertanya.

“Bukan teka-teki, soalan. Semua wajib bagi satu jawapan” petang itu saya bersama kumpulan ikhsan, berkongsi pengalaman dan sedikit nasihat saya kira.

Circle bawah pokok.


SEKOLAH AGAMA

Kadang-kadang saya perlu melarikan diri ke kampung, memijak tanah kelahiran, dan mencium aroma kelapa sawit moga-moga jiwa sedikit tenang. Dan alhamdulillah telah pulang ke jengka pada mingu lepas berprogram bersama adik-adik di Maahad SAS, Bandar Jengka.

Sempat juga bertemu ayahanda tercinta.

Teruja dengan program-program bercorak sebegini, program seperti inilah yang saya kira menjadi asbab kepada perubahan diri saya sebelum menduduki PMR, perubahan 360 darjah. Itu sejarah dulu-dulu.

Ya, saya teruja.

Kerana saya anak jati Pahang, bersekolah dan menetap di Pahang. Dan saya kira mempunyai banyak persamaan dengan adik-adik di hadapan saya ini, anak peneroka dan pernah juga bersekolah di sekolah agama kerajaan negeri.

Maklum dengan daifnya kemudahan, alatan makmal yang ‘sempurna’dan bas tin biskut yang masih lagi diguna sehingga ke hari ini. Hadam dengan jalan ceritanya walaupun watak-wataknya kini berbeza, namun saya yakin dan percaya masih lagi kisah yang sama.

Namun, biah inilah yang banyak berjasa, meninggalkan bekas, dan paling penting saya kira mengajar erti sebuah kehidupan. 

Ya, belajar kehidupan bermasyarakat dan berdiri di atas kaki sendiri.


PERMAINAN TANPA PERATURAN

“Ok, ustazah apa permainan tanpa peraturan?” merujuk muslimat yang tak pernah lekang tersenyum sejak daripada awal.

“erm.. panjat pokok pastu terjun..” 

"haha.." semua ketawa.

“Naik bukit, pastu turun bukit..” seorang lagi menambah.

“Main pingpong tak de meja” Ustaz Ijat menambah.

“Semua menarik, tapi abang confius mata nak kira macam mana, macam mana nak tau sapa yang menang?” Saya bertanya.

Semua terdiam, tak kurang yang tersengih.

“Ok2, agak-agak ada ke tak permainan tanpa peraturan?”

“Tak de..” semua serentak menjawab.

“Nampak tak apa pengajarannya?”

“Semua perkara ada peraturan..” syahir menjawab.

“Betul, semua perkara kat atas muka bumi ini ada peraturan..”

“Tutup aurat peraturan..”

“Solat peraturan, apa lagi?”

“Puasa..” ustazah menjawab.

“Zakat..” seoarng lagi menambah.

Petang itu saya katakan ceritakan kepada mereka tentang indahnya islam sebagai cara hidup berlandaskan Quran dan Sunnah. Saya kongsikan juga kisah lembu yang terikat pada sebatang pokok dan lembu yang dilepas bebas meragut tanaman dan akhirnya menjadi mangsa binatang buas.

Sebagai analogi kepada kehidupan kita di muka bumi yang perlu kepada satu ‘ikatan’ untuk selamat bukan sahaja didunia bahkan di hari akhirat. Ikatan tersebut tidak lain adalah syariat. 

Dan saya simpulkan ‘ikatan’ tersebut bukanlah suatu bebanan tetapi menjadi satu panduan untuk manusia sebagai hamba dan juga khalifah.

Saya termenung panjang.

Budak Jengka 24,
DKS 1.2 FSU, USIM.
Metal Alloy presentation


Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments: