Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: ingat lima

Wednesday, December 9, 2009

ingat lima




menghargai masa


“Pekeliling satu..”

“Sri Petaling?” Abang tiket bertanya tak faham.

“Pekeliling..”Saya meminta sekali lagi.

“Titiwangsa..?” Abang tiket membetulkan.

“Haah, ye la tu” saya tersengih, malu kat orang belakang. Cepat-cepat mengcoverkan diri, puas cuba untuk mengingat kembali perkataan 'Titiwangsa'.

Perjalanan dari Nilai ke rumah di Jengka 24 mengambil masa lebih kurang 4 jam. Menaiki bas di stesen Pekeliling, singgah di Bandar Temerloh, terus menukar bas ke Kuala krau. Dari Kuala krau, menaiki bot merentas sungai Pahang.

Sekali dengar macam orang asli nak balik pendalaman.

Ya lah, siap naik bot lagi. Sebenarnya, boleh je kalau nak berhenti di Bandar Jengka, tapi lagi best naik bot. Menikmati pemandangan sungai Pahang.

Merasa hebatnya gegaran bot meredah arus sungai, dan moga moga hati juga bergetar melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah.

MASA

Selalunya bot ini akan menggunakan arus sungai sebagai pembantu tenaga enjin sedia ada. Cuma perlu bijak menggunakan arus. Pandai mengawal arus, cepatlah pula sampai ke destinasi, dan jika gagal mengawal arus mungkin lewat tiba dan lebih teruk mungkin terus hanyut dibawa arus.

Arus sungai yang mengalir kadang kala deras dan kadang kadang perlahan, namun terus mengalir. Begitulah juga waktu, terus berjalan tanpa kita sedari. Bijak mengawalnya kita akan berjaya, dan jika gagal mengisinya kita tergolong dalam golongan yang rugi.

Semuanya terpulang pada kita untuk mengawal dan mengisinya.


Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”

(Al Asr 1-3)


INGAT LIMA

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)


Hadis ini memperlihatkan kepada kita betapa Rasulullah s.a.w begitu bersungguh-sungguh tidak mahu umatnya kerugian kerana mengabaikan kelima-lima peluang dengan merebutnya sebelum datang lima perkara yang boleh menyebabkan mereka ditimpa penyesalan di kemudian hari.


Sikap mengambil mudah ini menyebabkan begitu banyak orang Islam membiarkan kelima-lima masa atau keadaan itu hilang lesap tanpa dimanfaatkan. Dan ianya terus berlalu dengan pantas dan diisi pula degan kelima-lima masa atau keadaan yang merupakan lawannya itu.


Justeru demi memperolehi keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan terhadap saranan Rasulullah s.a.w yang amat penting seperti yang tersebut di dalam hadith tadi.


Marilah kita isikan masa-masa yang lima itu dengan bersungguh-sungguh tenaga kita sebelum datangnya lima perkara yang penuh dengan duri dan ranjau yang mungkin akan menghitamkan muka kita setelah kita bangkit di Mahsyar nanti.



Diedit dari sumber


p/s: peringatan untuk diri, banyak sangat buang masa =(

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment