Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: balasungkawa

Wednesday, November 18, 2009

balasungkawa



Saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat, saudara Atiq Hakimi mahasiswa tahun satu fakulti kepimpinan dan pengurusan (FKP) dalam jurusan akidah perbandingan agama.

Tak banyak yang saya tahu tentang almarhum.

Kali pertama kami bertemu dalam minggu suai kenal. Kami ditempatkan dalam kumpulan yang sama, dan berta’ruf dalam sesi bersama seniour di kolej kediaman. Seorang yang mesra dan arwah paling banyak bercakap pada malam itu.

Entah apa yang kami bincangkan, saya dah lupa.

Tamat sesi perbincangan, saya sempat berbual bersama arwah. Ketika itulah saya dimaklumkan beliau sedang mengalami masalah jantung, dan beliau meminta pelepasan daripada aktiviti berat yang melibatkan fizikal.

Sejak malam itu, setiap kali berjumpa kami akan bertegur sapa, paling kurang senyum akan disedekahkan. Kali terakhir kami bertemu, arwah tak menunjukkan sebarang petanda bakal pergi buat selamanya.

Seorang yang kental semangatnya, saya kira. Melawan penderitaan penyakit jantung diusia yang cukup muda.

Sehinggalah berita malam itu diterima, saya termenung seketika.

Benarlah, mati itu boleh datang tiba-tiba.

Dan semoga roh almarhum dicucuri rahmat, dan ditempatkan bersama orang –orang yang soleh.

Alfatihah..

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment