Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Nasi sejuk gulai ayam

Friday, November 6, 2009

Nasi sejuk gulai ayam








“Abang lahir bulan berapa? Dah lepas 20 belum..?”

“Bulan april dulu masuk 20.. Nta nak bagi hadiah ke? tiba-tiba je tanya..”

“Bukan, ustaz ana kata kalau kita dapat jaga diri sampai umur 20, insyaAllah selamatlah dari ‘godaan-godaan’ lain lepas ni..”


Malam itu saya bersama ahlul bait makan berjemaah. Pertama kali saya kira makan bersama sejak hampir satu semester tinggal sebumbung. Nasi sejuk lauk gulai ayam, selera. Makanan free hasil lebihan makanan tajaan untuk jiran dari tanah besar China. Dan betullah kata seorang sahabat saya, “makanan yang paling sedap, makanan free”.

Memang rezeki kami murah betul malam itu.


Selesai semuanya, housemate meminta diri. Tinggallah saya bersama dua orang junior, berdiskusi dan bercerita tentang pengalaman masing-masing.

“Godaan-godaan lain?” saya menyambung perbualan, buat-buat tak faham.

“ye lah, macam godaan couple..”


Entah macam mana perbualan kami tersentuh perihal baitul muslim. Teruja, berbincang tentang masalah hati, bercerita tentang pengalaman yang penuh dengan pengajaran namun tetap dilandasi syariat tanpa unsur umpatan dan sewaktu dengannya.

Menilai masalah dari pelbagai perspektif.


DULU-DULU

Dulu-dulu saya pernah meminjamkan sebuah buku kepada seorang sahabat yang sedang hanyut dalam dunia cintanya.

Sebenarnya lebih kepada kasihan, melihat dia bergayut sehingga lewat malam, dan jari tak pernah lekang dari bersms, saya menyarankan beliau membaca buku tersebut sebagai pencerahan.


Couple sebelum kahwin memang seronok.. keluar dating, pegang sana sini dan lagi parah sampai ada yang terlanjur..”

“Tapi kesannya selepas kahwin nanti, tanggunglah akibat selepas membina masjid nanti!”

“Dah kahwin nanti bertaubatlah..” sahabat menjawab.

“Bayangkan isteri yang pernah kita pegang-pegang dulu ditinggalkan atas urusan selama beberapa hari. Tak terdetikkah dalam hati ‘dengan aku pun dia boleh pegang sana sini, dengan orang lain apatah lagi.

Dan bagi sang isteri timbul keraguan terhadap sang suami, ‘dengan aku pun dia boleh terlanjur, dengan perempuan lain macam mana agaknya.”


Hati tak tenang, saling bersangka buruk antara satu sama lain.


Krisis kepercayaan antara pasangan yang tidak dapat dibendung akhirnya penceraian sebagai kata putus, jalan mudah penyelesaian.

Nah, bahagia rumah tangga macam tu?!

Itu antara pencerahan yang saya dapat dari karya ustaz Hasrizal “Aku Terima Nikahnya”, dan banyak lagi mutiara hebat daripada buku tersebut.

Mampu mengubah perspektif dan mencerahkan minda.


DULU-DULU

Dulu-dulu juga saya pernah kata,

“ Aku kalau boleh, nak bercinta lepas kahwin. Bertunang tak lebih dari dua tahun dan terus langsung kahwin. Bimbang bercinta dan bertunang lama lama. Takut perkahwinan jadi tawar dan timbul jemu..”


Betul, memang itulah prinsipnya, bercinta selepas kahwin. Tapi, semua itu perlukan tanggungjawab, dan komitmen yang bukan sedikit jumlahnya.


Tanggungjawab dan komitmen sebagai muslim, dalam menjadi individu muslim sejati dengan mengamalkan segenap aspek ajaran islam dalam kehidupan.

Tanggungjawab dan komitmen sebagai penuntut ilmu, menuntut ilmu dalam mencari redha Allah.

Tanggungjawab dan komitmen sebagai pejuang, berjuang bagi mengembalikan kegemilangan islam.


Dan semua itu saya kira memerlukan waktu. Waktu untuk kita bersedia ke fasa seterusnya, mendirikan baitul muslim, membina masyarakat muslim, daulah islam dan seterusnya mengembalikan kegemilangan islam dengan wujudnya sistem khalifah semula..


Dan itulah, komitmen dan tanggunjawab yang membuatkan saya berfikir beratus kali untuk menerima satu lagi tanggungjawab. Disamping bermacam ujian godaan dan bisikan syaitan yang perlu ditempuh sepanjang kehidupan sebuah perjalanan.


Kadang kadang menang dan selalunya kalah berperang dengan nafsu.

Benarlah kata As-syahid imam Hassan Al-banna

“Tanggungjawab itu melebihi waktu”


Atas dasar itu saya tak mahu beri harapan kepada sesiapapun, biar saya sendiri dengan dunia saya. Saya belum bersedia. Dan bila tiba waktunya, sampai saya sudah cukup sedia kearah itu,

biarlah Allah yang menentukan takdirnya.


SAYA TAKUT

“Senior saya pernah cakap, kalau kita sibukkan diri dengan kebaikan, kita dapat elak dari fikir benda-benda macam nie.” Junior merangkap housemate bercerita, menutup isi perbualan kami.

Malam itu kami bercerita tentang pengalaman, membuat penilaian dan merenung setiap hikmah kejadian.

Hasilnya saya simpulkan. Bahayanya bercinta sebelum berkahwin.


Fitnah cinta umpama racun yang mematikan rational dalam berfikir. Cinta sebelum kahwin adalah rindu palsu yang membuka luas kepada bisikan syaitan. Hati sentiasa sibuk merindui makhluk yang tidak halal menyebabkan kita terus lalai dan leka untuk persiapan bagi memenuhi keperluan dunia dan akhirat.


Penyelesainya.

Mari kita sama-sama letakkan misi yang jelas dalam hidup, disamping sentiasa mendekati majlis ilmu. Dan sama sama doakan agar kita tetap teguh dengan prinsip diri biar diuji hebat pelbagai ujian, dan yang paling penting rapatkan diri dengan Allah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.


Dan paling penting batas pergaulan mestilah dijaga dengan bersungguh. ‘Berhubung’ atau atas dasar urusan bukan kerana bisikan syaitan untuk mencari keseronokan.


Moga saya dan anda semua diberi kekuatan untuk beramal dengannya. Saya memohon keampunan Allah terlebih dahulu jika menimbulkan kemurkaan-Nya, berkata-kata tanpa amalan.

Astaghfirullahalazim..


FITRAH MEMBAWA FITNAH

Mengubahsuai tulisan Fatimah Syarha dalam karyanya “Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul”.


“Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta wanita. Tanpa redha Allah SWT, andai dirinya kau miliki kau pasti tidak akan bahagia. Percayalah. Sia –sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya melupuskan berkat dalam hidupmu.”

Betul, cinta itu fitrah. Namun, apabila ia dicemari dengan tindakan yang tidak Allah redha, ia akan bertukar menjadi fitnah.


Islam adalah agama yang sempurna merangkumi segala aspek kehidupan seorang manusia. Tidak mungkinlah aturan yang lengkap sempurna ini menyekat fitrah manusia untuk saling mengasihi.


Nah, alangkah indahnya islam! Didalamnya tersusun kaedah bagaimana manusia mengawal perasaan cinta.


Islam memberi panduan bagaimana rasa kasih dan sayang ini dapat membimbing manusia menuju cinta yang hakiki, cinta kepada Allah.

Iaitulah, cinta selepas lafaz ijab dan Kabul.


Dan itulah sebaiknya, sibukkanlah diri dengan ketaatan dan kebaikan. Jodoh di tangan Allah dan pasti bertemu jua dengan takdir-Nya. Nama si dia telah pun tertulis di lohmahfuz, namun peribadinya ditentukan oleh peribadimu. Dan yakinlah dengan janji allah,


Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

(Surah al-Nur 24;26)

Sama sama kita berdoa,


"Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan Jadikanlah Kami pemimpin orang-orang yang bertakwa.

(Surah al-Furqan 25:74)

Moga-moga kita menikmati cinta hakiki, yakni cinta kepada Allah, tuhan yang penuh dengan perasaan kasih.

Moga-moga terhindar daripada segala fitnah.


p/s: Dan moga-moga kita disuluh redha cinta-Nya.

~mencari redha Allah

Read more: perantaudiary | life is journey

5 comments:

  1. syukran.

    "inshaAllah"

    p/s:tahu betapa cetek iman ak

    ReplyDelete
  2. Bismillah...

    Salam..
    Pengalaman hidup... walaupun muda tapi degil nak kongsi jugak...

    Keliru sama ada baik atau tidak. Kalau kita dah sayang sangat terhadap sesuatu "benda" tu, kita akan sangat berimpian untuk mendapatkannya. Baik, andaikata benda itu terlepas, mungkinkah dek kerana terlalu sayang, seseorang itu menahan kemaruknya dengan tidak berimpian selain dari benda itu, dan jika ditakdirkan syurga baginya, dia ingin khazanah syurga itu menyerupai benda tersebut. Pernah orang komen "Di syurga tu lebih lagi nikmatnya". Ana membalas dalam benak "Sebab itu aku menunggu nikmat itu di syurga"..tegar atau bangang?

    ReplyDelete
  3. salam...kak rasa berpeganglah dgn apa yang kita fikirkn.apa2 yg kita wt,jgn smpi jejaskn nama ISLAM. bagus imran ada pendirian sendiri.kak setuju bila jodoh itu dari Allah,Allah dah aturkn sesuatu yg baik untuk kita.bilamana kita percaya hidup,mati kita untuk Allah,soal jodoh pun kita harus percaya.insyaAllah,yakin dengan Allah itu paling utama.

    ReplyDelete
  4. 'Atas dasar itu saya tak mahu beri harapan kepada sesiapapun, biar saya sendiri dengan dunia saya. Saya belum bersedia. Dan bila tiba waktunya, sampai saya sudah cukup sedia kearah itu,biarlah Allah yang menentukan takdirnya'

    KITA SENADA :)


    p/s : ehem, ecece k.ba.. :P

    ReplyDelete