Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: mati sebuah perjalanan

Friday, November 13, 2009

mati sebuah perjalanan







sentiasa mengingati mati




“Apasal hidup sebuah perjalanan?” tanya seorang sahabat.




“Kita tukar nak, hidup sebuah pelarian.. ” sambut seorang lagi.

“haha, tak pun hidup sebuah pelompatan” sahabat yang bertanya tadi menyambung.

“Tak, mati sebuah perjalanan..” saya menjawab, semua terdiam.

Begitulah, “hidup sebuah perjalanan”. Agak sentimental bagi sesetengah orang, bermain dengan jiwa katanya. Namun bagi saya, pengertiannya cukup mendalam jika dihayati maksud yang tersirat, memahami makna apa yang cuba disampaikan. Dan itulah juga jawapan yang saya beri bila ditanya, “Mati pun sebuah perjalanan..”



MATI ITU PASTI

“Hidup diumpamakan seperti api lilin yang pada bila-bila masa sahaja boleh terpadam”

Kematian adalah lumrah setiap yang bernama makhluk. Tidak ada kehidupan melainkan akan berakhir dengan sebuah kematian. Firman Allah SWT:

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

(Surah Ali Imran:ayat 185)



Nah, Mati itu pasti dan ia adalah satu fasa dalam kehidupan!



Namun, ramai yang cuba mengelak untuk berbicara tentang mati, merasa mati itu sangat jauh. Jarang kita mendengar orang berbual tentang kematian kerana takut untuk berfikir tentang perkara yang menakutkan ini. Melihat mati hanya berlaku apabila usia meningkat senja.

“Kita muda lagi, tak yah cerita lagi benda-benda macam ni..” kata seorang sahabat.

Begitulah, merasakan diri masih terlalu muda untuk mati dan masih banyak kesempatan untuk menikmati dunia. Tapi harus diingat untuk tempoh 1 jam lagi untuk kita terus hidup tiada sebarang jaminan. Banyak kemungkinan manusia mati akibat kemalangan, bahkan kematian mungkin menjemput ketika kita sedang enak melakukan maksiat kepada Allah SWT.



Nau’zubillah..



Sepatutnya, kematian bukanlah dijadikan asas kepada ketakutan, tetapi ketakutan itu adalah untuk kehidupan kita selepas mati. Ketakutan memikirkan amalan dan kebimbangan kekurangan bekal untuk perjalanan di alam seterusnya.



PERANTAU

Daripada lbnu 'Umar r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir lalu. lbnu 'Umar r.a. pernah berkata: Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi danapabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu. Diriwayatkan oleh al-Bukhari.



Hadis ini menggambarkan hakikat kehidupan di dunia. Dunia adalah tempat untuk beramal pada satu jarak waktu yang telah ditetapkan oleh Allah, sebelum ajal menjemput. Dunia bukanlah tempat tinggal yang kekal selamanya.



Jadi, hiduplah di atas dunia sebagai seorang perantau yang sedang bermusafir.



Sebagai seorang perantau yang sedang berkelana menuju ke destinasi, kita perlu kepada bermacam keperluan. Satu analogi perbandingan bagi manusia yang sedang hidup di atas dunia, semakin lama hidupnya, semakin dekat pula perjalanannya. Perjalanan yang hanya akan berakhir di dua tempat berbeza iaitu sama ada di syurga ataupun neraka.



Hidup sebuah perjalanan, dan mati juga sebuah perjalanan.



Persoalannya, sudah cukupkah bekal yang kita kumpul sepanjang perjalanan yang telah kita lalui?



Sama sama renungkan..



~hidup sebuah perjalanan, mencari redha Allah

Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments:

  1. tiada istilah mati sebuah kehidupan.Kehidupan dunia atau akhirat.itu perjalanan..belum tiba destinasinya.

    berharap mati sebuah kehidupan ibarat mengharap kehidupan tanpa wawasan,
    berharap pada hidup sebuah kehidupan itu bermakna menghidupkan hati pada kehidupan.

    ReplyDelete
  2. mati sebuah perjalanan, bukan sebuah kehidupan.
    maksudnya,

    mati satu proses perjalanan untuk hidup di alam seterusnya, samada syurga @ neraka.

    jangan takut untuk mati, tapi takut pada perjalanan selepas kematian nanti..

    ReplyDelete