Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Apa yang Penting?!!

Monday, April 13, 2009

Apa yang Penting?!!





Semangat baru



Semangat baru? Jika semangat ini diibaratkan satu solution yang boleh disukat dgn thermometer, suhunya pasti melebihi takat didih. Bukan semangat untuk final exam, tapi ada satu semangat dalam diri untuk berubah. Berubah? Berubah menjadi individu muslim yang lebih baik. aminn..

“Semangat jea tak cukup sheikh” teringat nasihat dari seorang sahabat. Apa yang penting?! Kerjasama? Bukan, cuba matang sikit… Ilmu merupakan perkara yang terpenting dalam ape jua perkara. Semangat yang tidak disertai dengan kefahaman, akhirnya akan luntur ditelan masa.

Ape la yang hang merepek ni? Kepada sahabat yang masih belum memahami ape yang dibebelkan, pesanannya jelas, cari ilmu. Manusia mulia kerana ilmu. Ilmu akan membimbing manusia, mengukuhkan akidah, dan membentuk fikrah,. Dan Apa yang penting?! untuk mendapatkan ilmu tak dapat tidak, kita perlu

membaca.



1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan,

2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.





TiN Kosong

“ Benda basic pun tak tau.. akidah, feqah, dan perkara yang paling basic pun tak tau”. terasa diri kosong dan tak berguna. Analogi seperti tin kosong yang didalamnya seketul batu .. cukup bising apabila digoncang, namun hakikatnya tidak bernilai walau satu sen. Cukup bersemangat dan berani mempertahankan suatu kebenaran namun hakikatnya kosong dengan ilmu. Dan Apa yang penting?! Cari ruang masa untuk membaca dan mencari ilmu.

Sedih apabila melihat keadaan diri sendiri dan sahabat yang lesu dan kosong dari segi ilmu dan isu umat islam sejagat. “Siapa perdana menteri Israel sekarang?” Aku diam membisu. Mungkin ramai di kalangan sahabat yang dapat menjawabnya, dan mungkin lebih ramai daripada yang ramai itu senasib dengan aku. Cukup malu. “Khaibar khaibar ya Yahud, kita boikot Israel!”. terkenang laungan benci israel semasa demonstrasi. Poyo je lebih..” Kurang mengambil tahu dan malas mengambil tahu membuatkan kita semakin lesu. Dan Apa yang penting?! Tidak cukup sekadar mengambil tahu, tetapi kita perlu mengkaji dan meneliti.

“Mana ada masa, banyak lagi tak study”

“Ni semua politik sheikh, ana dah bosan dengan politik ni..”

Antara alasan popular untuk tidak mengambil tahu sehinggakan peralihan kuasa Pak Lah dan Pak Najib pun tak diambil peduli. haii.. sedihnya. Bukan untuk menghina, sekadar renungan diri dan semua. Apa yang penting?! “Berubah” kata kunci untuk menyegarkan jiwa-jiwa yang lesu. Untuk mencipta satu binaan yang kukuh, kita memerlukan batu bata yang padu dan mantap. As syaahid Imam Hassan Al banna dalam risalah taa’lim, menyimpulkan individu muslim yang baik merangkupi 5 perkataan simple.

Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.

Secara praktikal, didiklah diri dengan membaca. Dan untuk peringatan article ini bukan pengisian untuk kempen “Marilah membaca”, cukup sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan jiwa-jiwa yang lesu. Dan

Apa yang penting?! Kita mesti berani berubah, mulakan perubahan dalam diri sendiri. Mari kita renungi nasihat dari seorang senior,

“ Dekatkan diri dengan Allah, masalah akan hilang”



The true measure of a man is not how he behaves in moments of comfort and convenience but how he stands at times of controversy and challenges.

Martin Luther King Jr.





p/s Doakan kejayan semua dalam final exam, semoga cemerlang di dunia dan akhirat. amin..

Read more: perantaudiary | life is journey

1 comment:

  1. semoga maju jaya

    doakan kami di ukm yg akan exm 2o hb ni...

    moga kejayaan milik kita...

    amin..

    ReplyDelete