Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Kembali kepaDa FitraH

Wednesday, March 25, 2009

Kembali kepaDa FitraH







Permaidani Merah

“Merang, pinjam blazer hitam kat membe mu aritu.” Pinta seorang housemate. Petang sabtu yang cukup sibuk untuknya, mencari kot hitam bagi dipadankan untuk malam perdana siswa. Masing-masing bergaya dengan gamis beraneka warna tidak kurang kemas memakai suit hitam, ceh macam hari raya la pulak.. “Anda dikehendaki memakai long suit atau gurkha bewarna hitam, merah atau putih” Iklan Malam Perdana Siswa ditampal di tingkat bawah. Bas memecut laju meninggalkan perkarangan kolej kediaman, malam ini kami bakal dihidangkan dengan juadah mewah di Putrajaya International Convention Centre (PLCC). Mewah ke? Kita tunggu dan lihat, aku sebenarnya tak minat sangat benda-benda macam ni, kalau free on jea, malangnya kena bayar, bukan sikit tapi 30 ringgit ma,.. tapi setelah ditawarkan dengan potongan harga 50 percent oleh seorang sahabat yang tidak dapat hadir, akhirnya aku mengambil keputusan untuk membuang masa disana.



Sayup dari jauh, satu binaan yang memukau tersergam indah, cahaya daripada dalam bangunan yang seakan sebuah stadium menceriakan kawasan sekitar. Kami tiba serentak dengan sebuah bas dari kolej kediaman muslimat. Permandangan dari dalam bangunan tidak kurang hebatnya, cukup untuk memukau mata yang memandang, luas dan permai. Aku dimaklumkan bahawa hampir 800 mahasiswa yang terlibat dengan malam ini. Selesai menunaikan solat maghrib, kami bergerak menuju ke dewan utama. Hamparan karpet merah menyambut ketibaan, beberapa wanita bertanduk berdiri kaku sepanjang permaidani merah. Wanita bertanduk disini bukanlah jelmaan kerbau ataupun sewaktu dengannya, wanita bertanduk ni special sikit, muslimat dengan pakaian minang..





I Shall Pass This Too

Majlis diserikan dengan kehadiran menteri besar Negeri Sembilan, aku tertarik dengan ucapan beliau yang cukup bermotivasi. “Jika saya hari ini sebagai menteri besar, tak selamanya saya menjadi MB, saya akan melepasi fasa ini juga nanti” antara ucapan beliau. Eh, bukan yang ni.. yang satu lagi, “ Kita tidak akan selamanya susah, dan tidak akan selamanya senang, I shall pass this too ” beliau menambah. Macam lagu hijjaz lah pulak lukisan alam. Zaman university ni sekali jea, jadi belajo la memolek, antara nasihat yang disampikan oleh beliau. Tiba-tiba rasa bermotivasi la pulak “I shall pass this too”. Banyak maklumat tentang universiti telah disampaikan sendiri oleh datuk naib canselor. Ucapan beliau disambut dengan tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir, terselit rasa bangga menjadi salah seorang warganya.

Air kosong diteguk perlahan, air kosong? Yea air kosong jea, ingatkan lepas ni dapat la fresh oren ke, neslo ke, carrot susu ke, ye la bayo 30 ringgit, paling koman pun sirap pun jadi la.. tapi hampeh,sky juice menjadi minuman utama pada malam itu. “ Ai, mane waiter ni, orang lain dah kenyang dah ni,” seorang sahabat membebel perlahan. Aku tengok waiter memang tak menang tangan nak bagi services, kesian tengok adik waiter terketar-ketar isi nasi, first time kot. Apapun, hidangan yang dihidangkan cukup mewah dan first class, lauk pauk beraneka jenis beserta nasi putih 5 sudu besar memang cukup “mengenyangkan” dan pencuci mulut yang disediakan harus diberikan pujian.



Kembali Kepada Fitrah

Tema yang menghiasi sepanjang acara majlis, penulis memuji acara pentomen yang dipersembahkan secara peribadi, cukup meninsafkan dan membuatkan kita untuk menghayati tema tersebut. Acara malam itu dimeriahkan dengan aksi baju ketat dan

tarian lemah gemalai mahasiswa muslimin kelab tarian universiti, dan disambut sorakan dan tepukan siswa dan siswi yang hadir, mungkin ini yang dikatakan kembali kepada fitrah. Acara “diberkati” lagi dengan tarian penari-penari wanita free hair yang dijemput khas.

Tahniah kepada pihak penganjur kerana mampu memberikan imej mahasiswa islam contoh dengan persembahan yang cukup “Islamic”. Acara nyanyian oleh seorang penyanyi tak cukup umur yang lagak gayanya seperti seorang artis “memeriahkan” lagi suasana. Kembali kepada Fitrah? Banyak lagi acara yang dirasakan tak relevan dengan majlis tersebut, penulis rasakan tak perlu untuk dinyatakan disini. Berhibur tidak ada salahnya asalkan kita tahu batas-batas syariat dan tidak melampaui batas.







Indahnya malam

Acara tamat sekitar 12.00 am. Suasana permandangan sekitar Putra Jaya pada waktu malam memang cukup permai dan mendamaikan. Dari atas bukit, hamparan tasik yang luas dan kilauan lampu bewarna warni menceriakan suasana, membuatkan kita memuji kehebatan pencipta yang mencipta keindahan malam tanpa disedari. Membuatkan kita terfikir tentang fitrah kejadian manusia yang putih bersih dan suci pada asalnya, kembalilah kepada fitrah..



Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment