Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Epilog silam

Thursday, April 16, 2009

Epilog silam





Epilog Silam
Album : Erti Pengorbanan
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...


Lagu : SM Ibrahim
Lirik : SM Ibrahim
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin
O.P. : EW Music Publishing (M) Sdn Bhd
S.P. : BMG Music Publishing


1995

“Asslamualaikum!!” Aku memberi salam sekuat hati.

“Waa’laikumussalam, ha dah balik..” Mak menyahut.

television 14’ inci jenama singer diaktifkan.
Rencana pentempuran komunis bintang tiga menentang tentera Tanah Melayu ditonton sepuasnya. Rancangan kegemaran selepas penat bermain di tadika.

RTM 2 pada ketika itu kerap menayangkan rancangan yang bercorak patriotic dan berunsur keriangan.

“Uda dah besar nanti nak jadi ape?” Mak tiba-tiba menyoal.


“Uda dah beso nanti nak jadi askar macam Pak Su..” Aku menjawab ringkas tanpa menoleh.



1998

“Kalau hang tak nak balik, Mak tinggal jea hang kat sini, tolong apek ni jual buku..”

“Boleh le mok.. best buku ni,” Aku keras membatu, sambil mata terus menatap komik idaman.

Mogok yang di jalankan tak berkesan, komik dragon Ball yang cukup popular tidak berjaya dibeli.

Pada ketika itu, Ujang, Pedang Setiawan, Alam Perwira,Dewata Raya dan banyak lagi komik – komik lain merupakan teman setia.

Pendidikan seni menjadi subjek kegemaran.
Menjadi kebiasaan pihak sekolah akan memberikan soalan peperiksaan pendidikan seni sehari lebih awal, supaya student dapat menyiapkan kelengkapan sepenuhnya.
Subjek ini akan ditelaah dengan cukup tekun dan bersungguh ( subjek lain tak terfikir pun nak study).

“abang pizi, dekat U nanti ade kursus nak jadi kartunis tak?” Aku menyoal abangsepupu, graduan politeknik.

Dia tak menjawab, tapi senak menahan ketawa. Ada aku buat lawak ke? hu3..

2004

“Akak menuntut dalam jurusan perubatan di UIA” fasilitator memperkenalkan diri.

Program motivasi anjuran SMA Pulau Tawar dengan kerjasama sebuah consultant yang pertama kali disertai cukup bermanfaat dan memberi kesan.
Sangat berkesan..

Nama dan wajah akak fasi ni dah hilang dalam ingatan, tapi bimbingan dan nasihatnya masih disimpan.

Pada saat itulah, terfikir matlamat hidup dan tertanam satu cita-cita tinggi, menjadi seorang doctor perubatan.
Cita-cita ini dijadikan panduan sehingga menempuh ke alam matrikulasi.
Namun takdir penentu segala, cewah..


Allah berfirman;

Kamu tidak berada dalam suatu Keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah (atom) di bumi ataupun di langit. tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh).
(Surah Yunus:61)








15.04.2009

jam 7.05am, 1 message received.


“Rm0.00 Bank islam
wishes you a Happy Birthday on 15/04/2009. Bankislam. SMS”
sender:
660

Menjelang umur yang semakin tua, menjelang detik kematian yang semakin hampir,

tanggungjawab yang semakin bertambah,

amanah yang semakin besar,

Perjuangan yang masih panjang.

Ruhul jadid (semangat baru) Satu cita-cita baru satu matlamat baru, mencari mardhatillah, amin..






Dan Tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari permainan dan gurauan belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?
(Al An’aam:32)


P/s - Syukron kepada semua sahabat, yang mengingati, ingatan kalian sangat bermakna, sob3..(terharu) ^_^




















Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment