Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Syabab musafir
Showing posts with label Syabab musafir. Show all posts
Showing posts with label Syabab musafir. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

tasbih


click to play soundtrack~



 
tasbih~ sumber



Saya membelek-belek seutas tasbih. Sambil berzikir saya putarkan lagu berjudul Perantau dendangan kumpulan nasyid Raihan. Lagu tema kepada blog ini.

Ya, lagu ini ber’hantu’.

TASBIH UNGU

Saya beristighfar semula, meratib biji-biji tasbih tadi.

Seingat saya, selama hampir dua puluh satu tahun saya hidup di atas muka bumi Allah SWT ini, hanya beberapa kali saya menerima pemberian hadiah. Selain daripada beberapa buah buku dan cenderamata, ini kali pertama saya menerima seutas biji tasbih.

Dan inilah juga kali pertama sepanjang genap lima semester saya berada dialam kampus, menerima hadiah daripada seorang housemate.

Seutas tasbih bewarna ungu..

Buah-buah tasbih saya ratib satu persatu.

Ini merupakan malam terakhir saya di apartmen ini, seorang diri bertemankan laptop. Sahabat-sahabat yang lain ramai yang telah pulang dan tidak kurang yang terlibat dengan bermacam aktiviti dan taklifan.

Semester ini cukup menarik saya kira, tinggal di apartmen yang dihuni bersama masyarakat awam termasuklah pekerja-pekerja kilang warga asing dari Indonesia, Nepal, India dan Bangladesh, terasa seperti berada di luar negara.

Bersama-sama empat orang sahabat yang lain kami ditempatkan di unit D.8.3. 

Saya kembali meratib biji tasbih bewarna ungu tadi, kali ini berselawat keatas nabi SAW.

Bersama tasbih tersebut ada juga disertakan sepucuk surat, kemas berbalut sampulnya. Antara isinya, melahirkan rasa terima kasih, penghargaan, dan nasihat daripada seorang sahabat. Selain saya tiga sahabat yang lain turut menerima pemberian yang sama.

Pemberinya bukanlah manusia yang biasa, pejuang yang kental saya kira, istiqamah terus dalam perjuangan dakwah.

Namun, hakikatnya saya masih belum dapat menerima keputusan yang diambil oleh sahabat tadi untuk menangguhkan pengajiannya selama setahun.

Jika mendengar alasannya, mahu saja saya memberi libasan kaki kiri di bahagian belakang badannya. Dan saya kira ada alasan lain yang menjadi asbab kepada keputusan sahabat tersebyt, dan menurut saya biarlah menjadi rahsianya..

Berdoa semoga beliau temui apa yang dicari, dan paling penting saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kekhilafan selama menjadi housemate juga merangkap sahabat...

Jazakallah khaira jaza..





Saya terus meratib biji tasbih, kali ini dengan kadar kelajuan yang lebih pantas.


Bertasbih, bertahmid, dan bertakbir.




p/s: Kerana ukhuwwah itu indah

*pemberi tasbih adalah saudara Mohamad Saifuddin Md Darwis, boleh dikunjungi di sini.




Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, November 10, 2010

"the misadventure of three legendary stooges"






Click to play soundtrack~





























~Mentadabur Alam

Song by Mirwana feat hujan : Tika Masanya
*Credit to photographer (mencapub) : Abu Najah




Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, June 4, 2009

Travelog PLIPI o9 ( final )







“Alhamdulillahirobbila’lamin, hamdan hamidin..” tazkirah maghrib disampaikan, bacaan yasin pada malam itu betul-betul mendamaikan jiwa. Tenang.

Malam itu dipenuhi dengan tazkirah dan pengisian. Peringatan tentang hari akhirat dihidangkan, moga-moga dapat menyedarkan pendengar dan pemberi peringatan tentang hidup yang hanya sementara. Hidup sebuah perjalanan.

“Syahir tak yah guna mick ar..” Suara di belakang tirai mengejutkan.

Mikrofon yang rosak itu, menggangu sedikit konsentrasi para muslimat di belakang tirai.



“Syahir?” Tazkirah diteruskan tanpa bantuan pembesar suara.





Agro Semuji resort, Gambang.

HARI AKHIRAT



"Ya Tuhan Kami, Kami telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah Kami (ke dunia), Kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang yakin."

Sajdah (Ayat 12)

Beberapa potong ayat suci dibacakan. Malam itu, terasa tenang menyampaikan tazkirah, tidak seperti malam yang selalu. Aku mengajak diri sendiri dan sahabat untuk meneruskan amalan mathurat dan bacaan al Quran yang telah dilakukan sepanjang program, semoga kita sama-sama istiqamah dalam mujahadah. Amin.

“Saya ambil kesempatan untuk memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kesalahan yang dilakukan sepanjang memimpin program PLIPI, terima kasih kepada semua sahabat yang banyak membantu dan bertungkus lumus mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan program ini. Semoga ukhwah kita akan kekal dan terus subur.”

Pak cik driver menganguk perlahan. Buku takwa karangan Tuan Guru Nik Aziz dibelek seorang sahabat. Dia membacakan suatu petikan tazkirah dalam kitab tersebut. Seperti tazkirah sambungan, bacaan yang dibaca beliau mempunyai maksud yang tersirat seperti tazkirah yang telah disampaikan sebentar tadi. Dan hakikatnya kami tidak bersedia walaupun untuk lima minit bagi memberi pengisian untuk malam itu. Subhanallah.

Solat isyak diimami oleh saudara syahir, selesai solat aku bergegas menemani saudari saudara Qayum untuk persiapan barbeque. Semangat. Sayup daripada luar terdengar alunan nashid untukmu teman. Aku bergegas ke dewan makan. Mematikan video nashid tersebut yang bukan waktunya untuk dipertontonkan lagi.

“Kantoi la nanti..”

Malam itu makanan banyak yang dibazirkan. hu3



KAYAK INDUSTRI



“BUshH”

Sayup daripada jauh, dua orang muslimat jatuh dalam tasik! Aku tertanya-tanya sapa la gerangan muslimat tersebut..

Petang sebelum babeque, kami berkayak industry di tasik Semuji. Pengalaman berkayak kali kedua untuk aku. Kali pertama bersama ekspidisi kayak merdeka anjuran kelab rekreasi KmPh. Ekspidisi Paksa rela.Kami perlu melaksanakan misi merentasi sungai Pahang sepanjang 50 km, daripada Bandar kuantan ke Bandar diraja pekan. Bayangkan manusia yang tidak pernah berkayak disuruh mendayung merentasi sungai Pahang yang luas dan deras arus airnya. Pengalaman 3 hari 2 malam yang sukar dilupakan.

Petang itu aku berkayak sepuasnya. Pengalaman rafting di sungai Pahang diaplikasikan di tasik Gambang. Sambil menikmati buah mangga yang manis dan melanggar beberapa bot sahabat. Seronok.



PACAT





JUngle Tracking



“Ni baru pacat sheikh, belum lintah lagi..” Aku memerli seorang sahabat.

Bagi yang tinggal di felda dan kampong pacat dan lintah menjadi perkara yang biasa, Namun ia menjadi perkara yang baru dan luar biasa untuk sahabat yang dibesarkan di kota.



Ramai sahabat yang menjadi mangsa, berlubang kaki dan pinggang, he3. Bagi yang tak pernah berjumpa pacat rasailah pengalaman pertama anda di hutan Gambang. Aktiviti jungle tracking yang cukup menarik. Pelbagai halangan diredahi merentasi hutan yang berbukit. Kami keluar daripada hutan melalui kem latihan PLKN.





in memory



AIR TERJUN PANDAN





Air Terjun Pandan, Panching Kuantan



Pagi sebelum kayak, kami melawat ke Panching sejurus selepas selesai berexplorace. Asam jawa, bawang putih, teh tawar, tiup tepung. Mantop2.. Tahniah kepada semua urusetia yang terlibat.

Kali kedua aku tiba di air terjun ini, kali pertama bersama bapa saudara beberapa belas tahun yang dulu.





IBRAH DARI PLIPI



Aku belajar banyak perkara daripada program ini. Dari segi kepimpinaan, pengorbanan dan kebergantungan dan yang paling penting tawakal kepada Allah. Mehnah dan tribuasi yang mengacau membuatkan aku hampir putus asa.

Namun segala kepayahan dan pengorbanan itu terbalas apabila melihat senyum ceria yang menghiasi wajah-wajah sahabat. Ketawa gembira para pensyarah dan pegawai yang mengiringi, Aku terkesan.





YA ALLAH,



Engkau mengetahui hati-hati ini



telah berkumpul kerana mengasihiMU,



bertemu untuk mematuhi perintahMU,



bersatu memikul beban dakwahMU,



hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk



mendaulat & menyokong syariatMU,



maka eratkanlah YA ALLAH akan ikatanya...



Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini



akan jalanNYA yang sebenar,



Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu



yang tidak kunkung malap,



Lapangkanlah hati-hati ini dengan



limpahan iman dan keyakinan



dan keindahan tawakkal kepadaMU,



Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan



ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMU,



Jika Engkau mentakdirkan mati,



maka matikanlah pemilik hati-hati ini



sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU,



Engkaulah sebaik-baik sandaran



dan sebaik-baik penolong,



YA ALLAH,



Perkenankanlah permintaan ini...~ameen~

Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, June 1, 2009

Travelog PLIPI o9 (vol 1)

“Takbir!!” Imam melaungkan kalimah keramat sebaik doa selesai dibaca.

Petang itu para jemaah disajikan dengan khutbah yang sangat bertenaga, daripada isu Perthmanaban sehinggalah ke isu mogok lapar dikupas satu persatu. Semangat.

“Amacam mantap tak?” aku bertanya seorang sahabat sebaik sahaja keluar dari masjid.

“Terbaik..” dia menjawab.

Kali pertama aku mendengar khutbah yang sangat jujur di negeri kelahiran, Pahang. Aku bersama sahabat Ichemtech ( industrial Chemical technology ) menjejakkan kaki di kawasan industri Gebeng, Pahang. Walaupun tidak semua yang hadir, PLIPI o9 (Program Lawatan Industri dan Pembangunan Insan) tetap diteruskan.

PLIPI o9



"Saya menamakan program ini program tertangguh.." aku menyampaikan tak

limat beberapa hari sebelum bertolak.

PLIPI o9 menguji mental dan emosi aku. Program bermasalah. Bermula dengan masalah kewangan sehinggalah kepada masalah peserta sendiri. aku cuba memberikan yangterbaik. Tawakal. Alhamdulillah berkat kesabaran semua, Allah membuka jalan untuk program ini berlangsung.

"Ya Allah, kau jayakanlah PLIPI o9, permudahkanlah ya Allah.." doa yang sering dilafazkan selesai mendirikan solat.

BASF PETRONAS

BASF Petronas





Kami meneruskan perjalanan ke destinasi utama BASF Petronas. Kehadiran kami disambut Miss Ong Siew Ling, yang sebelum ini hanya dikenali melalui email dan panggilan telefon. Kami diberi penerangan tentang operasi syarikat dan penghasilan produk syarikat iaitu sejenis monomer acrylics acid.

“Assalamualaikum..” Dr Till daripada Jerman memulakan penerangan tentang penghasilan CAA plants, Ba plants dan GAA plants.

Dia menjalankan tugas dengan cukup bersemangat. Selesai refreshment, kami dibawa ke bilik kawalan operasi, disana kami berpeluang melihat dan merasai pengalaman menggunakan mesin kawalan. Antara pengalaman yang paling berharga, kami dibawa ke sebuah bilik yang menempatkan model keseluruhan kawasan yang difahamkan berharga jutaan ringgit. Selesai mendengar taklimat, kami dibawa mengelilingi kawasan industri dengan menaiki bas, layanan mesra daripada semua kakitangan patut dipuji.

"Imran" miss Ong memanggil sambil borang penilaian diberikan.

Segalanya terbaik itu komen ikhlas daripada aku. Walaupun english lintang pukang mengisi borang penilaian tersebut, aku pasti perasaan aku ketika itu sampai. Terharu. Hanya satu ungkapan dalam fikiran ketika bas perlahan meninggalkan BASF petronas.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah..” Usaha yang dlakukan selama dua bulan in ini tidak sia-sia. Gebeng

Read more: perantaudiary | life is journey