Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: tasbih

Wednesday, December 8, 2010

tasbih


click to play soundtrack~



 
tasbih~ sumber



Saya membelek-belek seutas tasbih. Sambil berzikir saya putarkan lagu berjudul Perantau dendangan kumpulan nasyid Raihan. Lagu tema kepada blog ini.

Ya, lagu ini ber’hantu’.

TASBIH UNGU

Saya beristighfar semula, meratib biji-biji tasbih tadi.

Seingat saya, selama hampir dua puluh satu tahun saya hidup di atas muka bumi Allah SWT ini, hanya beberapa kali saya menerima pemberian hadiah. Selain daripada beberapa buah buku dan cenderamata, ini kali pertama saya menerima seutas biji tasbih.

Dan inilah juga kali pertama sepanjang genap lima semester saya berada dialam kampus, menerima hadiah daripada seorang housemate.

Seutas tasbih bewarna ungu..

Buah-buah tasbih saya ratib satu persatu.

Ini merupakan malam terakhir saya di apartmen ini, seorang diri bertemankan laptop. Sahabat-sahabat yang lain ramai yang telah pulang dan tidak kurang yang terlibat dengan bermacam aktiviti dan taklifan.

Semester ini cukup menarik saya kira, tinggal di apartmen yang dihuni bersama masyarakat awam termasuklah pekerja-pekerja kilang warga asing dari Indonesia, Nepal, India dan Bangladesh, terasa seperti berada di luar negara.

Bersama-sama empat orang sahabat yang lain kami ditempatkan di unit D.8.3. 

Saya kembali meratib biji tasbih bewarna ungu tadi, kali ini berselawat keatas nabi SAW.

Bersama tasbih tersebut ada juga disertakan sepucuk surat, kemas berbalut sampulnya. Antara isinya, melahirkan rasa terima kasih, penghargaan, dan nasihat daripada seorang sahabat. Selain saya tiga sahabat yang lain turut menerima pemberian yang sama.

Pemberinya bukanlah manusia yang biasa, pejuang yang kental saya kira, istiqamah terus dalam perjuangan dakwah.

Namun, hakikatnya saya masih belum dapat menerima keputusan yang diambil oleh sahabat tadi untuk menangguhkan pengajiannya selama setahun.

Jika mendengar alasannya, mahu saja saya memberi libasan kaki kiri di bahagian belakang badannya. Dan saya kira ada alasan lain yang menjadi asbab kepada keputusan sahabat tersebyt, dan menurut saya biarlah menjadi rahsianya..

Berdoa semoga beliau temui apa yang dicari, dan paling penting saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kekhilafan selama menjadi housemate juga merangkap sahabat...

Jazakallah khaira jaza..





Saya terus meratib biji tasbih, kali ini dengan kadar kelajuan yang lebih pantas.


Bertasbih, bertahmid, dan bertakbir.




p/s: Kerana ukhuwwah itu indah

*pemberi tasbih adalah saudara Mohamad Saifuddin Md Darwis, boleh dikunjungi di sini.




Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments: