Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Negeri Lima Menara: Inspirasi, tarbiah dan budaya

Wednesday, December 15, 2010

Negeri Lima Menara: Inspirasi, tarbiah dan budaya



Negeri Lima Menara: penuh inspirasi -sumber



Negeri Lima Menara merupakan buku pertama daripada sebuah trilogi. Karya pertama A. Fuadi ini saya kira sangat berbekas dan cukup menarik, ditambah dengan gaya bahasa yang tidak terlalu puitis menjadikan novel ini cukup santai untuk dihadamkan. Saya memandang novel ini daripada dua sudut pandang yang berbeza.

Pertama, novel inspirasi dan motivasi ini kaya dengan kata-kata hikmah pembakar semangat golongan penimba ilmu. Kata semangat seperti man jadda wajada digarap kemas daripada awal kisah sehingga ke penghujung cerita.

Mesej yang cuba untuk disampaikan mudah, jangan sesekali meremehkan sebuah impian atau cita-cita kerana sesungguhnya tuhan itu maha mendengar. Man jadda wajada, sesiapa yang bersungguh-sungguh akan berjaya. 

Saya juga cukup terkesan dengan kata-kata hikmah daripada Imam Syafie yang turut diselitkan didalam karya ini. Kata-kata penuh hikmah ini membuatkan saya termenung beberapa kali,



“Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang..”





Karya ini juga sarat dengan nilai ukhuwwah enam sahabat dalam menempuh suka dan duka sepanjang pengajian di Pondok Madani. Mereka berenam memasang impian dan berkongsi cita-cita di bawah sebuah menara masjid, sehingga mereka berenam digelar Sahibul MenaraDengan bermacam pengalaman suka mahupun duka, pondok moden ini terasa cukup dekat dihati dan kadang-kadang saya tersenyum sendiri membaca kisah mereka. 

Novel ini saya kira bukan sekadar memberi semangat kepada golongan penimba ilmu bahkan ia wajib dibaca golongan penyampai ilmu, menjadi inspirasi kepada golongan guru-guru. Pengorbanan dan keikhlasan guru-guru di Pondok Madani yang tidak mengharapkan sebarang balasan dalam menyampaikan ilmu wajar dicontohi.

Saya cukup terkesan dengan konsep mewaqafkan diri oleh salah seorang guru di pondok tersebut. Waktu, fikiran, dan tenaganya diwaqafkan didalam mendidik dan menyampaikan ilmu. Tanpa mengharapkan sebarang keuntungan peribadi seperti gaji, segalanya diwaqafkan ikhlas hanya untuk ibadah dan pengabdian untuk Allah SWT. Selepas menatap karya ini, dalam diam saya sematkan dalam diri supaya turut menjadi warga pendidik satu hari nanti, kerjaya yang cukup mulia saya kira.

Daripada sudut yang lain saya menggagumi sistem pembelajaran di pondok moden ini. Disini para pelajar diasuh dan ditekankan dengan pengamalan disiplin yang cukup unik. Pelajar juga turut ditekankan dengan pengamalan harian berbahasa arab dan inggeris sehingga mereka semua fasih menggunakan bahasa tersebut.

Selain itu, pelajar diasuh dan diberi peluang mengasah bakat dan minat masing-masing daripada bermacam sudut, seperti kebudayaan, seni, olahraga dan sebagainya.

Paling menarik semua pelajar diasuh untuk menjadi pemidato yang hebat, semua pelajar dilatih dan diasah untuk bercakap dan berceramah di khalayak umum. Dan saya kira sistem seperti ini wajar diteadani di negara kita bagi melahirkan generasi yang hebat dan berketerampilan.

Akhirnya, Negeri Lima Menara adalah sebuah karya bermutu dan penuh inspirasi, bukan sahaja sebagai sebuah karya seni bahkan memaparkan proses tarbiah dan budaya bagi meahirkan generasi yang cemerlang.



-Tiga bintang-


Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-983-3892-94-5 
Tarikh Terbit: 11 Aug 2010
Jumlah Muka Surat :




Read more: perantaudiary | life is journey

2 comments:

  1. Aku juga turut terkesan dengan novel ni ..the flow terutamanya.

    ada lagi buku2 lain yang best?

    ReplyDelete
  2. Banyaknya karangan2 buku agama pd hari ini berbanding dahulu, umat hari ni pun lbh byk terus di hanyut keduniaan drpd dhulu. knp ye?

    adkh krna brtmbah nya manusia?
    adkh krna brtmbh nya pngaruh luar?
    atau adkh krna sesuatu krna yg lain?

    fikir2kanlah..

    -mujahid-

    ReplyDelete