Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: PRK USIM: kembalikan mimpi saya

Wednesday, February 16, 2011

PRK USIM: kembalikan mimpi saya








Ini mungkin hanya luahan yang tidak berfakta dan tidak ada unsur ilmiah. Hanya luahan beremosi pemerhati politik kampus yang kuat berangan!

Menjejakkan kaki ke menara gading, saya pernah membayangkan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang meriah, bermimpi tokoh-tokoh mahasiswa berhujah dengan idealisme yang menggugah, melontarkan pandangan atau kritikan tanpa rasa takut dan goyah.

Pernah juga bermimpi hebatnya perayaan demokrasi kampus, memangkah kertas undi, mendengar pidato-pidato berpengaruh dan pastinya menikmati demokrasi kampus yang tidak dipengaruhi atau diperkuda oleh agen kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang.

Malangnya, Saya terus hanyut bersama mimpi-mimpi tersebut.

PRK saya yang pertama, tiada pen dan kertas undi untuk dipangkah! 

Usim merupakan kampus pertama dijadikan bahan kajian makmal untuk sistem e-voting. Dan terus berjangkit kepada beberapa kampus yang lain. Entah apa rasionalnya penggunaan sistem ini saya kurang arif.

PRK seperti jugalah hari-hari biasa, tidak ada apa yang luar biasa dan istimewa tentang hari penamaan calon, malam pengenalan calon, dan sehinggalah berlarutan ke hari pembuangan undi. Seperti hari-hari kuliah yang biasa.  

Bawa kad matrik dan hanya perlu klik kepada gambar yang anda berkenan. Akhlak, manifesto, agenda, idealisme, dan karisma sebagai pemimpin menurut saya tidak dapat dinilai dengan sekeping gambar ataupun selama tiga puluh minit pengucapan awam semasa malam pengenalan calon. Ah, pilihan raya apa seperti ini?

Ini bukan pemilihan pengawas sekolah!

Saya tidak mengharapkan tertubuhnya parti Pro kerajaan mahupun Pro pembangkang di kampus ini, cukup sekadar pulangkan kembali mimpi-mimpi saya tentang kemeriahan pilihan raya kampus. Dan jika sekalipun wujud politik kepartian di kampus ini saya kira lebih baik, sekurang-kurangnya wujud suasana demokrasi yang sihat di kampus ini. 

Betul, mungkin ada yang berpendapat bahawa dengan wujudnya politik kepartian di kampus ini mahasiswa akan terpengaruh dengan politik kepartian di luar kampus dan sekaligus mempengaruhi pemikiran mereka. Namun harus diingat, kecenderungan menyokong atau membangkang pendirian parti tertentu dalam sesuatu isu adalah perkara lumrah dan fitrah bagi golongan yang berfikir samada isu tersebut bertepatan ataupun bertentangan dengan agenda perjuangan mereka

Bukan perkara ini yang patut dirungsingkan oleh pihak pentadbiran universiti malahan perkara inilah yang harus digalakkan kerana membuktikan mahasiswa mengambil cakna dan merespon isu semasa. Sepatutnya yang menjadi kerisauan adalah budaya 'aku tidak pedulisme' di kalangan mahasiswa, atau lebih tepat budaya  'tiga K', kuliah, kafe, dan katil.

Menurut saya pihak pentadbiran tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri, biar anak-anak muda ini dengan idealisme mereka. Bersetuju tidak beerti menyokong, dan membangkang tidak pula bermakna membenci. 
Itulah sepatutnya, mahasiswa menjadi check and balances kepada kedua belah pihak. 

Saya mengharapkan perubahan dalam sistem PRK usim, dan paling penting kembalikan mimpi-mimpi saya!



p/s: Hanya luahan beremosi, selamat mengundi!



  
Read more: perantaudiary | life is journey

13 comments:

  1. I agree with u.^^

    Terbaca catatan qaiyum.Rupanya kaulah temannya yang mempengaruhi untuk tidak mengundi=)hehe

    ReplyDelete
  2. Dengar cerita ada gerakan nak boikot PRk usim, entah.. macam2

    ReplyDelete
  3. sgt setuju~

    menegur bkn bermaksud menentang, menerima bkn bermaksud menyokong,
    bkn hanya pandai menyokong mahupon membangkang,
    cuma berharap demokrasi yg di laungkan tidak hanya omongan kosong..

    menyokong bukan hanya pada waktu senang,
    membantah tidak bermakna jasamu tidak dikenang,
    hanya berharap ketelusan demorasi tidak dikudakan sewenang-wenang,
    kerana bentuk acuan kini akan melahirkan masyarakat pada masa akan datang..

    mahasiswa adalah para cendiakawan,
    menjadi aset pada generasi masa depan,
    ini bukan hanya sekadar luahan,
    take ur time, n cuba renung-renungkan..

    hee~

    ReplyDelete
  4. apakah yg perlu utk kemeriahan PRK?
    dimanakah ketidak meriahan PRK Usim?

    adakah tidak cukup dgn kedamaian yg telah ada skrg?alhamdulillah..

    pidato hanya akan merosakkan suasana kampus, pasti akan berlaku ketidakpuashatian dan bermasam muka antara 2 pihak yg tidak bersetuju.

    pidato tidak semestinya jalan yg baik utk mendpt kemeriahan suasana PRK. bukankah kemeriahan itu dapat dicapai dengan perpaduan dan bermanis muka sesama pelajar dan pentadbir?


    perjalanan utk mencapai sesuatu yg lebih baik tidaklah terbatas kpd 2 pendapat yg saling menzahirkan ideologi msg2 dgn cara berpidato, ia boleh dihampiri dengan jalan yg lebih murni seperti bermusyawarah dikalangan ahli2 yg adil.

    -mujahid- =p

    ReplyDelete
  5. Entahlah Muhjahid,

    ini pendapat peribadi saya dan saya malas betul nak menjawab soalan saudara.

    Dan satu soalan, saudara dah daftar pemilih belum??

    Malas.

    -perantau

    ReplyDelete
  6. as salam,

    emm..
    meminjam kata2 dari seorang rakan blogger,"...berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik"

    pad pndapat sy, berpidato jika di gunakan dan di aplikasikan kesannya dengan berhikmah, maka tidak akan terjadinya 'bermasam muka'. sbb utama pidato adalah untuk berbincang+menilai+melihat+memberitahu pada umum (pelajar dlm konteks prk) akan permasalahan+idea2 utk penambahbaikan kebajikan pelajar, cth nya.

    terjadinye 'bermasam muka' sy kira kerana sikap ingin 'menang hujah' dlm berpidato tanpa ingin mengambil lansung point2+idea2 dari pihak yg satu lagi.sepatutnye pidato menjadi satu medan bermusyawarah (spt yg saudara mujahid nyatakan). ya, berpidato bkn satu2nya cara, tapi ia adalah salah satu dari 1001 cara. berpidato akan jadi satu medium berkesan jika digunakan sebaik2nya dan seadil2nya tanpa campurtangan pihak yg tidak bertanggungjawab (sbenarnya yg mnyebabkan timbul isu 'berat sebelah').

    wallahualam.



    ps: ish..tgh tggu gambar eksklusif 'tutup mulut'~ =p

    ReplyDelete
  7. syukron kpada dALeDaLE tolong jawabkan..

    gambar eksklusif??

    ReplyDelete
  8. berkata dale2 :

    "sbb utama pidato adalah untuk berbincang+menilai+melihat+memberitahu pada umum (pelajar dlm konteks prk) akan permasalahan+idea2 utk penambahbaikan kebajikan pelajar."

    soalan mujahid :

    perlukah permasalahan itu diketengahkan pada umum yg terdiri drpd org2 yg tidak adil dan adil?

    kemudian dale2 berkata lagi :

    terjadinye 'bermasam muka' sy kira kerana sikap ingin 'menang hujah' dlm berpidato tanpa ingin mengambil lansung point2+idea2 dari pihak yg satu lagi.

    mujahid yang x sberapa cuba menjawab :

    mujahid ulang suara, "perjalanan utk mencapai sesuatu yg lebih baik tidaklah terbatas kpd 2 pendapat yg saling menzahirkan ideologi msg2 dgn cara berpidato, ia boleh dihampiri dengan jalan yang LEBIH MURNI seperti bermusyawarah dikalangan ahli2 yg adil."

    apabila musyawarah dikalangan ahli2 yg adil, insyaAllah kebenaran itu tertegak kerana keadilan yg ada pada ahli musyawarah.

    mujahid brkata sedemikian bagi mengambil jalan selamat daripada daripada wujud bermasam muka di masyarakat umum.

    sincerely from imran fren, mujahid. wallahualam

    ReplyDelete
  9. soalan mujahid :

    perlukah permasalahan itu diketengahkan pada umum yg terdiri drpd org2 yg tidak adil dan adil?

    perantau yang tidak berilmu cuba menjawab :

    Sangat perlu kerana niat yang asal adalah untuk mendengar segala permasalahan dan isu kebajikan mahasiswa dan matlamat utama adalah untuk menjaga kebajikan mahasiswa.

    Semua individu mempunyai hak untuk bersuara melontarkan pandangan, permasalahan atau isu dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi, adil atau tidak seseorang individu bukanlah persoalannya disini. Dan saya ulang niat yang paling utama adalah mendengar permasalahan pelajar..

    Ya saya cukup setuju dengan jalan yang 'lebih murni' musyawarah contohnya untuk mengelakkan masam muka.

    Namun harus diingat negara ini mengamalkan sistem demokrasi, tidak dapat tidak sistem pilihanraya akan digunapakai. Jadi bagi mencari kebenaran tentang sesuatu isu debat ilmiah dan pidato perlu dilaksanakan..

    Syura juga boleh diimplimentasi dalam sistem demokrasi janaan barat ini contohnya syura memilih untuk menghantar calon-calon yang dirasakan berkebolehan, bertakwa dan boleh membawa agenda islam bagi melawan calon-calon yang tidak meletakkan islam dan dakwah sebagai matlamat dan menjadikan hiburan dan kebudayaan sebagai agenda.

    Pertentangan yang hak dan batil ini berlaku sejak zaman Nabi SAW lagi.

    perantau-sahabat mujahid yang tidak berilmu.

    -mujahid saudara tidak menjawab soalan saya yang diatas lagi.

    ReplyDelete
  10. terima kasih me reply.
    mengenai soalan di ats, sy akn jwb dlm kls nnt. =p

    -mujahid- PKR PRK PR..hehe

    ReplyDelete