Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Teori BM

Monday, February 7, 2011

Teori BM






Saya sedang menekuni pandangan kritis Wan Abd Rahman, bekas Ketua Jabatan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga pernah menuntut  di Universiti tersohor dunia, Universiti Oxford untuk pengajian peringkat doktor falsafah yang kini merangkap Pengarah Penyelidikan PAS pusat.


Teori Domino: PRU 13 BN tumbang merupakan Himpunan kertas kerja terbaik beliau yang saya kira berat bagi golongan yang bukan berteraskan bidang pengajian sains politik. Namun karya ini padat dengan idea dan pandangan kritis diserta dengan lambakan kajian yang cukup terperinci berkisar perjalanan politik tanah air. Menganalisa kekuatan gerakan islam dalam persaingan demokrasi, merespon isu berkaitan politik kontemporari negara ini. 

Jujur saya cukup tertarik dengan segenap olahan kajian dan pandangan daripada setiap satu kertas kerja beliau. Paling menarik tentang konsep Bunyanul-Marsus (BM) yang diasaskan oleh Rasulullah SAW yang menjadi model pentadbiran islam yang disebutkan dalam surah As-Sof ayat yang keempat. 

Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh".

Beliau menerangkan dengan terperinci pengajaran daripada kisah hijrah baginda nabi SAW dan membanding bezakan konsep BM dengan konsep pentadbiran yang diperkenalkan oleh barat seperti model Weber dan beberapa contoh model yang lain.

Kita sedia maklum peristiwa hijrah bukan sahaja satu peristiwa penting tetapi ia menjadi pengenalan kalendar islam secara rasmi oleh saidina Umar (ra). Semasa Rasulullah SAW berada di Makkah, kehidupan beragama (islam) agak terhad. Sedikit sahaja isi rumah yang semua penghuninya menerima islam, dimana timbulnya tanggapan yang salah tentang islam itu sendiri. 

Islam dilihat sebagai agama milik peribadi, hanya menumpukan persoalan akhirat dan tidak kena mengena dengan kehidupan sosial.

Hanya selepas peristiwa hijrah masyarakat mula melihat bahawa islam merupakan satu cara hidup the way of life yang menumpukan perhatian kearah memperbaiki kehidupan manusia. Kehidupan sosial bersifat kolektif dengan persaudaraan individu Muslim Muhajirin dan individu Muslim Ansar. Penguasaan umat islam dalam bidang ekonomi hasil gabungan kepakaran pertanian kaum Ansar dan kemahiran dalam bidang perniagaan kaum Muhajirin berjaya memecahkan monopoli kaum yahudi dalam bidang ekonomi di Madinah sebelum ini. 

Paling penting dalam pengajaran hijrah adalah penguasaan dan kebebasan dalam politik umat islam itu sendiri dengan tertubuhnya negara islam yang pertama hasil daripada terbentuknya perlembagaan bertulis pertama di dunia, Sahifah Madinah.

Sebagai analogi BM digambarkan sebuah bangunan berbentuk segi empat tepat dibina daripada batu bata yang disusun secara rapi. Simen yang mengikat bangunan tersebut bertujuan mengikat bangunan berkenaan adalah takwa. Pengisian sistem pentadbiran dengan konsep ubudiyah, masuliyah dan itqan (kepakaran). Beliau berjaya mengaitkan ketiga-tiga konsep ini dengan pengajaran daripada sirah dan berkait rapat dengan model BM dalam pentadbiran islam.

-bersambung


p/s: Masih dalam proses penekunan. Buku wajib baca tahun ini sebelum PRU 13 yang dijangka tidak sampai beberapa bulan saja lagi.




  
Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments:

  1. Beli di pasaran jika ada, PRU 13 : BN MEMPERJUANGKAN ISLAM, PR BERSAMA BN

    -mujahid-

    ReplyDelete
  2. wah, i.Allah ana menanti karangan dr.Mujahid, mumkin?

    -perantau

    ReplyDelete
  3. -mujahid
    don't judge book by it's title.. =)

    -perantau

    ReplyDelete