Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Roti Lapik: kerana Hidup Sebuah Perjalanan

Saturday, April 17, 2010

Roti Lapik: kerana Hidup Sebuah Perjalanan




Roti telur~ (bukan roti lapik)


“Tak tidur lagi?!” tanya seorang warga UIA, merangkap sahabat kepada sahabat saya.

Ini cerita ketika study week.

Khamis malam jumaat lepas, saya telah overnight di UIA Nilai dengan jayanya. Misi utamanya menyiapkan video untuk forum ‘sireh pulang ke gagang’ di SMKA TAHAP, dan misi paling utama tidak lain adalah untuk mengupdate Hidup Sebuah Perjalanan.

Misi saya berjaya.

Pukul 4.00 pagi saya hilang arah.

Mencari tempat tidur untuk melelapkan mata. Saya meninjau perkarangan Masjid Nilai. Sunyi sepi bercampur sejuk.

Pintu pagar masjid yang berkunci saya buka perlahan. Namun, niat asal untuk melelapkan mata terpaksa saya batalkan.

Pukul 4.30 pagi saya kembali semula ke UIA Nilai, terus ke restoran Hijaz memenuhkan perut yang masih penuh, semata untuk memenuhi masa sebelum subuh.

Dan menunya tidak lain adalah roti telur dan milo panas.

“Adik roti lapik mahu?” mamak india bertanya. Saya menganguk setuju.

Roti lapik pun roti lapiklah..

Menarik tentang roti lapik ini adalah pada cara pembuatannya.

Roti kosong sejuk dipanaskan dan dilapik dengan telur.


HIDUP SEBUAH PERJALANAN

Saya sedang menghabiskan sebuah buku, dipinjam daripada seorang sahabat.

Di dalam buku ini ada membincangan tema yang berkaitan dengan blog ini iaitu ‘Hidup Sebuah Perjalanan’.

Dan saya kira menarik untuk dikongsi bersama.

“Manusia diciptakan hanya untuk menyembah dan mengenal Allah SWT. Dengan ibadah, manusia menyeberang dunia untuk menuju ke akhirat”.

Manusia harus mencari bekal ketika hidup di atas dunia, layaknya seperti seorang musafir. Membawa bekal sekadarnya untuk dibawa pulang ke kampung akhirat, tempat persinggahan kita yang terakhir.

Analogi seperti seseorang yang ingin bermusafir bagi menunaikan haji, dengan menaiki unta; dia bekerja keras untuk mencari rumput untuk makanan unta tersebut, membersihkannya, memberinya minum dan menjaga sesuai dengan keperluan.

Namun, kebanyakan manusia lupa tujuan utama perjalanan ini, menganggap mereka berada diatas dunia seperti seakan-akan bermukim, bukan sekadar bermusafir.

Mereka berhenti di pertengahan perjalanan, sibuk mencari bekalan, sehingga terlupa destinasi akhir perjalanan.

“Seperti musafir yang bermusafir menunaikan haji tadi, lalu berhenti di sebuah perhentian. Dia terlalu sibuk memberi makan dan minum kepada untanya. Membersihkan untanya sehingga tertinggal oleh rombongannya dan akhirnya menjadi mangsa binatang buas”.

Terdapat beberapa kumpulan manusia, dengan cara pandangan yang berbeza.

Golongan pertama adalah mereka yang lupa akan tujuan perjalanan ke akhirat.

“Mereka ini menganggap bahawa kebahagiaan terletak pada banyaknya harta. Tidak kurang yang merasa kebahagiaan dunia adalah terletak pada pangkat, dan penghormatan manusia kepada mereka”.

Manakala golongan kedua adalah mereka yang lupa akan hikmah dari kedudukan dunia, mereka berusaha mencapai akhirat tanpa melalui dunia.

Jadilah seperti golongan yang ketiga, iaitu yang meneliti jalan Rasulullah saw dan para sahabat, iaitu “tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan, mengambil dari dunia secukupnya sebagai bekal perjalanan, mengambil dunia untuk kepentingan agama”.

Kerana hidup di dunia adalah perjalanan bagi mengumpul bekal yang secukupnya untuk menuju akhirat.

Destinasi akhir perjalanan kita semua sebagai hamba.

Dan Itulah, “Kerana hidup sebuah perjalanan”.



-diedit dari buku ‘Kebangkitan, generasi salahudidin dan kembalinya Jerusalem ke pangkuan Islam


FORUM

Alahai, empat tahun saya tak menjenguk bumi tahap.

Banyak yang berubah.

Awal minggu studi saya ambil kesempatan pulang ke kampung,keesokannya terus menuju ke TAHAP.

Seperti biasa, menyibukkan diri sebagai seorang penyibuk.

Pada malamnya, forum ‘Sireh Pulang ke Gagang’ berlangsung dengan jayanya.

Alhamdulillah..



Maklumat sepanjang program, bolehlah menjenguk ke blog Tuan Pengarah.


p/s: termenung panjang melihat bekal ‘carry mark’. huhu


~Selamat menduduki final, maa' taufiq wannajah.. Allahuakbar!!


Sekitar forum~






















Read more: perantaudiary | life is journey

7 comments:

  1. 4 tahun x turun TAHAP???biar betik imran...huhu....pasni xde org lain da kene trun TAHAP...imran sengsorang je...denda~heeeeee

    ReplyDelete
  2. Contoh golongan kedua pls?
    -hidup sebuah jihad-

    ReplyDelete
  3. k.lili- nak dekat empat tahun la juga.. budak2 tahap ingt mat rempit mana la yg datang, huhu

    -hidup sebuah jihad-
    banyak contoh.. cari la sendiri

    ReplyDelete
  4. jagalah pergaulan saudara kerana saudara mungkin tertarik kepada beberapa golongan kerana mereka itu sahabat saudara.

    selidik betul-betul kefahaman sahabat-sahabat.Jangan kerana saudara begitu rapat dengan seseorang sahabat maka sahabat itu mungkin memberi saudara satu kefahaman yang batul tentang akidah.

    jaga bacaan anda.kerana mungkin buku sahabat anda itu memihak kepada sebelah pihak.

    jangan begitu imran.jangan.

    ReplyDelete
  5. semakin lama semakin saya melihat penulisan saudara memihak kepada abunajah.

    tolong belajar..belajar dan terus belajar..

    jangan terpengaruh hanya kerana seorang sahabt yang bijak berkata-kata dan banyak ilmu.

    kalau saudara bukan ahli,bukan mereka yang belajar seperti mereka yang mempengaruhi saudara,maka saudara tidak layak mengeluarkan walau satu perkataan daripada mulut mereka itu.Sekali lagi..belajar..dan anda TIDAK LAYAK untuk membantu sesuatu yang bukan saudara pelajari.

    harap ambil iktibar

    ReplyDelete
  6. Anonymous- Betul ana memang sangat jahil,


    p/s: jangan cepat sangat menilai orang syahir.. JANGAN.

    ~jangan berasa diri terlalu tinggi ilmu dan berasa riak dengan ilmu, sehingga menilai semua manusia tak berilmu,sama-sama belajar dan terus belajar..

    Astagfirullahalazim..

    ReplyDelete
  7. Abu Muhammad Al-MujahidApril 24, 2010 at 9:13 AM

    terima kasih imran diats nasihat itu. ana ni mmg mcm ni.
    ("ada suatu yg lucu di sini")hahah

    ReplyDelete