Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: kek pisang

Thursday, April 8, 2010

kek pisang








“Saya sebenarnya sekarang tengah sibuk, sambung PHD..” seorang ustaz merangkap pensyarah bercerita.

Petang itu, selepas zohor saya bersama seorang sahabat menemani penceramah menjamah sedikit kudapan yang telah disediakan pihak urusetia.

Menunya, kek pisang dan sirap sejuk.

“Ustaz sambung dalam bidang apa?” sahabat saya menyampuk.

“Software engineering..” ustaz tersenyum, kek pisang dihadapannya dicubit sedikit.

“Wah..” hampir saja sirap ais didalam mulut saya tersembur keluar.

Jika sahaja sahabat tadi tidak bertanya, jangkaan saya ustaz ini daripada lulusan dalam bidang syariah ataupun usuluddin.

Yalah, siapa sangka kuliah hebat sebentar tadi disampaikan seorang pensyarah sains komputer!

Namun, dalam diam saya kagum.

Siapa sangka, dihadapan saya seorang pensyarah sains komputer yang mempunyai thaqafah yang tinggi dalam bidang agama dan berakhlakkan seorang ustaz.

Bidang pengajian dan takhassusnya dalam bidang software engineering tidak menghalangnya untuk berdakwah. Beliau memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajiannya untuk kepentingan islam.

Itulah sebaiknya, tidak kiralah apa sekalipun bidang yang kita dalami, samada kimia, biologi, fizik, engineering, medic dan sebagainya.

ILMU UNTUK DAKWAH

Dan Menurut saya, keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT dapat ditingkatkan melalui ilmu sains itu sendiri.

Iaitu tidak lain melalui pemerhatian kepada segenap ciptaanNya. Setiap kejadian tidak sia-sia, semuanya tersembunyi sejuta hikmah untuk kita perhati dan berfikir.

Saya terselak halaman pertama organic chemistry.

“According to Big Bang theory, all matter in universe is derived from one gigantic explosion that released a sea of subatomic particle and radiation. In the second and minutes that followed, these raw materials coalesced to formprotons, neutrons and electrons.

From these were formed atoms. Eventually interaction of these atomic and subatomic particle created heavierelements, and gravitational forces, collisions, and cosmic energy sources led to combination of atoms into simple molecules and of molecules into great molecular cloud”

Subhanallah..

Minggu lepas saya baru tersedar dan terperasan satu perkara yang agak menarik. Semuanya berlaku ketika didalam kelas kinetic malam kedua terakhir.

“Gas, cecair dan pepejal mempunyai susunan molekul yang tersendiri. Dan kita sedia maklum, setiap molekul adalah hasil gabungan beberapa atom. Dan kita tahu atom adalah juzuk terkecil didalam sesuatu bahan.

Atom pula terdiri daripada subatomic iaitu proton, electron dan neutron.

Electron bertaburan didalam kawasan yang kita panggil sebagai orbit.

Electron yang meng'orbit' nucleus ini membentuk shell.

Kata kunci disini adalah ORBIT.





Electron mengelilingi nucleus melalui orbit membentuk pelindung (shell)



Alam semesta bimasakti yang kita diami ini pula terdiri daripada sembilan jenis planet yang mengelilingi sebuah bintang yang kita panggil sebagai matahari.

Bintang-bintng ini bergerak dalam landasan yang kita panggil sebagai orbit.



Planet mengelilingi matahari diatas orbit.



Cuba kita lihat persamaannya.

Alam semesta merupakan juzuk yang terbesar, manakala atom adalah merupakan juzuk yang terkecil.

Namun, keduanya mempunyai satu system yang sama.

Iaitu ORBIT.


Perhatikan..


Allah jadikan Alam ini dengan bersistem iaitu setiap kejadian ada peraturan dan sistemnya yang tersendiri.

Daripada sebesar-besar kejadian seperti alam semesta, sehingga sekecil-kecil ciptaan iaitu atom.

Semuanya mempunyai mempunyai sistem peraturan yang maha hebat, kerana Pencipta sistem itu adalah yang Maha Kuasa lagi Maha bijaksana.


Begitulah juga manusia..

Sistem untuk manusia? Tidak lain islam itu sendiri..

Segala kejadian dan ciptaan Allah SWT untuk kita melihat, merenung dan berfikir.

Wallahualam..




p/s: saya akan pulang ke desa sekejap lagi setelah hampir satu semester beruzlah dari kampung. ~homesick

Read more: perantaudiary | life is journey

3 comments:

  1. bagus ar ko selak buku organic chemistry.aku nak bace inorganic chemistry pon cam susah2 sikit.

    p/s:I am wondering the word ORBIT there.

    Aku sebenarnya kelmarin baru kehilangan function downloader player kat laptop.Lepas tu terus cari software kat internet yang boleh download sebahagian video zikir kat internet.(untuk presentation)

    then,the software that I found is ORBIT.baru je download tu...magic

    ReplyDelete
  2. Erma- terselak sebenarnya.. huhu, inorganic tak terselak lagi setakat ni..

    ReplyDelete
  3. kek pisang bkn makanan manusia luar biasa.
    sebaliknya, makanan org yg suka makan pisang.
    -mujahid-

    ReplyDelete