Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: kritikan membina

Saturday, April 24, 2010

kritikan membina





Kritik: membina bukan memusnah~


Saya suka menggelar mereka yang gemar mengkritik dengan 'kritikan pemusnah' sebagai perosak.
Benar, memusnahkan minat untuk menulis dan perkongsian pendapat.

Lebih malang apabila bersikap bacul merahsiakan identiti sebagai 'anonymous'.

"..semakin lama semakin saya melihat penulisan saudara memihak kepada abunajah.
tolong belajar..belajar dan terus belajar jangan terpengaruh hanya kerana seorang sahabt yang bijak berkata-kata dan banyak ilmu.."

"..kalau saudara bukan ahli,bukan mereka yang belajar seperti mereka yang mempengaruhi saudara,maka saudara tidak layak mengeluarkan walau satu perkataan daripada mulut mereka itu.Sekali lagi..belajar..dan anda TIDAK LAYAK untuk membantu sesuatu yang bukan saudara pelajari.."





Hebat.

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana menurut anonymous saya jahil dan TIDAK LAYAK untuk berkongsi apa yang tidak saya pelajari.

Saya memang manusia berdosa yang jahil dan tidak berilmu. Terima kasih kerana saudara telah mengingatkan.

Prinsip saya menulis adalah untuk berkongsi dan saling mengingatkan, dengan sedikit ilmu, sedaya saya akan cuba untuk berkongsi. Dan paling penting saya kira membawa saya dan sahabat pembaca kenal dan cinta kepada islam, membawa diri untuk dekat kepada pencipta melalui dunia penulisan.

Ya, dakwah dalam bidang penulisan.

Dan moga-moga usaha yang sedikit ini dipandang dan dinilai oleh Allah SWT.



Namun, saudara anonymous juga tidak pantas terlalu cepat untuk menilai dan menghukum.



KRITIKAN UNTUK MEMBINA

Kritikan tersebut ditujukan khas untuk posting saya yang terdahulu berkaitan 'hidup sebuah perjalanan'. Mungkin disebabkan kejahilan saya dalam ilmu dan penulisan, anonymous lebih tertarik kepada membincangkan persoalan golongan kedua.

Perbahasan mengenai golongan kedua tersebut telah dibincangkan dengan lebih mendalam dalam rujukan yang saya ambil.

Namun, contoh dan huraian tidak pula saya sertakan di dalam posting tersebut bagi mengelakkan perbahasan kerana mesej saya bukanlah pada perkara tersebut.

Kerana saya jahil dan bukan ahlinya.

Namun, ada mesej yang lebih jelas dan besar disitu.


Saya ulang ada mesej lebih besar di situ, mungkin kerana tingginya ilmu anonymous, beliau lebih berminat membahaskan isu golongan kedua.

Lagi sekali saya memohon ribuan kemaafan akibat kejahilan.



"Membaca bukan untuk menerima bulat-bulat, bukan untuk mempercayai dan bukan juga untuk mengelirukan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai".

Bukankah kita semua berakal?

"Belajarlah untuk mendengar pendapat manusia lain, jangan sempitkan pemikiran dan taksub dengan pendapat sendiri. Terlampau cepat menilai dan terlalu pantas menghukum".

Bukanlah saya benci apabila dikritik dan dihina, namun biarlah kritikan itu untuk membina, bukan untuk memusnahkan..


Meminjam kata-kata seorang sahabat,

"Mengkritik bukan bermakna menentang menyokong pula tidak semestinya setuju, dan bukankah perbezaan pendapat adalah teman berfikir yang baik?".



p/s: Menegur bukan bermakna membenci.



Perantau Musafir Perjuangan,
25 April 2010,
Sutera Indah, Nilai, Malaysia.

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment