Wednesday, April 28, 2010
magic
Saturday, April 24, 2010
kritikan membina
tolong belajar..belajar dan terus belajar jangan terpengaruh hanya kerana seorang sahabt yang bijak berkata-kata dan banyak ilmu.."
Saturday, April 17, 2010
Roti Lapik: kerana Hidup Sebuah Perjalanan
“Tak tidur lagi?!” tanya seorang warga UIA, merangkap sahabat kepada sahabat saya.
Ini cerita ketika study week.
Khamis malam jumaat lepas, saya telah overnight di UIA Nilai dengan jayanya. Misi utamanya menyiapkan video untuk forum ‘sireh pulang ke gagang’ di SMKA TAHAP, dan misi paling utama tidak lain adalah untuk mengupdate Hidup Sebuah Perjalanan.
Misi saya berjaya.
Pukul 4.00 pagi saya hilang arah.
Mencari tempat tidur untuk melelapkan mata. Saya meninjau perkarangan Masjid Nilai. Sunyi sepi bercampur sejuk.
Pintu pagar masjid yang berkunci saya buka perlahan. Namun, niat asal untuk melelapkan mata terpaksa saya batalkan.
Pukul 4.30 pagi saya kembali semula ke UIA Nilai, terus ke restoran Hijaz memenuhkan perut yang masih penuh, semata untuk memenuhi masa sebelum subuh.
Dan menunya tidak lain adalah roti telur dan milo panas.
“Adik roti lapik mahu?” mamak india bertanya. Saya menganguk setuju.
Roti lapik pun roti lapiklah..
Menarik tentang roti lapik ini adalah pada cara pembuatannya.
Roti kosong sejuk dipanaskan dan dilapik dengan telur.
HIDUP SEBUAH PERJALANAN
Di dalam buku ini ada membincangan tema yang berkaitan dengan blog ini iaitu ‘Hidup Sebuah Perjalanan’.
Dan saya kira menarik untuk dikongsi bersama.
“Manusia diciptakan hanya untuk menyembah dan mengenal Allah SWT. Dengan ibadah, manusia menyeberang dunia untuk menuju ke akhirat”.
Manusia harus mencari bekal ketika hidup di atas dunia, layaknya seperti seorang musafir. Membawa bekal sekadarnya untuk dibawa pulang ke kampung akhirat, tempat persinggahan kita yang terakhir.
Analogi seperti seseorang yang ingin bermusafir bagi menunaikan haji, dengan menaiki unta; dia bekerja keras untuk mencari rumput untuk makanan unta tersebut, membersihkannya, memberinya minum dan menjaga sesuai dengan keperluan.
Namun, kebanyakan manusia lupa tujuan utama perjalanan ini, menganggap mereka berada diatas dunia seperti seakan-akan bermukim, bukan sekadar bermusafir.
Mereka berhenti di pertengahan perjalanan, sibuk mencari bekalan, sehingga terlupa destinasi akhir perjalanan.
“Seperti musafir yang bermusafir menunaikan haji tadi, lalu berhenti di sebuah perhentian. Dia terlalu sibuk memberi makan dan minum kepada untanya. Membersihkan untanya sehingga tertinggal oleh rombongannya dan akhirnya menjadi mangsa binatang buas”.
Terdapat beberapa kumpulan manusia, dengan cara pandangan yang berbeza.
Golongan pertama adalah mereka yang lupa akan tujuan perjalanan ke akhirat.
“Mereka ini menganggap bahawa kebahagiaan terletak pada banyaknya harta. Tidak kurang yang merasa kebahagiaan dunia adalah terletak pada pangkat, dan penghormatan manusia kepada mereka”.
Manakala golongan kedua adalah mereka yang lupa akan hikmah dari kedudukan dunia, mereka berusaha mencapai akhirat tanpa melalui dunia.
Jadilah seperti golongan yang ketiga, iaitu yang meneliti jalan Rasulullah saw dan para sahabat, iaitu “tidak meninggalkan dunia secara keseluruhan, mengambil dari dunia secukupnya sebagai bekal perjalanan, mengambil dunia untuk kepentingan agama”.
Kerana hidup di dunia adalah perjalanan bagi mengumpul bekal yang secukupnya untuk menuju akhirat.
Destinasi akhir perjalanan kita semua sebagai hamba.
FORUM
Alahai, empat tahun saya tak menjenguk bumi tahap.
Banyak yang berubah.
Awal minggu studi saya ambil kesempatan pulang ke kampung,keesokannya terus menuju ke TAHAP.
Seperti biasa, menyibukkan diri sebagai seorang penyibuk.
Pada malamnya, forum ‘Sireh Pulang ke Gagang’ berlangsung dengan jayanya.
Alhamdulillah..
Maklumat sepanjang program, bolehlah menjenguk ke blog Tuan Pengarah.
p/s: termenung panjang melihat bekal ‘carry mark’. huhu
~Selamat menduduki final, maa' taufiq wannajah.. Allahuakbar!!
Sekitar forum~
Monday, April 12, 2010
Thursday, April 8, 2010
kek pisang
“Saya sebenarnya sekarang tengah sibuk, sambung PHD..” seorang ustaz merangkap pensyarah bercerita.
Petang itu, selepas zohor saya bersama seorang sahabat menemani penceramah menjamah sedikit kudapan yang telah disediakan pihak urusetia.
Menunya, kek pisang dan sirap sejuk.
“Ustaz sambung dalam bidang apa?” sahabat saya menyampuk.
“Software engineering..” ustaz tersenyum, kek pisang dihadapannya dicubit sedikit.
“Wah..” hampir saja sirap ais didalam mulut saya tersembur keluar.
Jika sahaja sahabat tadi tidak bertanya, jangkaan saya ustaz ini daripada lulusan dalam bidang syariah ataupun usuluddin.
Yalah, siapa sangka kuliah hebat sebentar tadi disampaikan seorang pensyarah sains komputer!
Namun, dalam diam saya kagum.
Siapa sangka, dihadapan saya seorang pensyarah sains komputer yang mempunyai thaqafah yang tinggi dalam bidang agama dan berakhlakkan seorang ustaz.
Bidang pengajian dan takhassusnya dalam bidang software engineering tidak menghalangnya untuk berdakwah. Beliau memanfaatkan kepakaran dalam bidang pengajiannya untuk kepentingan islam.
Itulah sebaiknya, tidak kiralah apa sekalipun bidang yang kita dalami, samada kimia, biologi, fizik, engineering, medic dan sebagainya.
ILMU UNTUK DAKWAH
Dan Menurut saya, keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT dapat ditingkatkan melalui ilmu sains itu sendiri.
Iaitu tidak lain melalui pemerhatian kepada segenap ciptaanNya. Setiap kejadian tidak sia-sia, semuanya tersembunyi sejuta hikmah untuk kita perhati dan berfikir.
Saya terselak halaman pertama organic chemistry.
“According to Big Bang theory, all matter in universe is derived from one gigantic explosion that released a sea of subatomic particle and radiation. In the second and minutes that followed, these raw materials coalesced to formprotons, neutrons and electrons.
From these were formed atoms. Eventually interaction of these atomic and subatomic particle created heavierelements, and gravitational forces, collisions, and cosmic energy sources led to combination of atoms into simple molecules and of molecules into great molecular cloud”
Subhanallah..
Minggu lepas saya baru tersedar dan terperasan satu perkara yang agak menarik. Semuanya berlaku ketika didalam kelas kinetic malam kedua terakhir.
“Gas, cecair dan pepejal mempunyai susunan molekul yang tersendiri. Dan kita sedia maklum, setiap molekul adalah hasil gabungan beberapa atom. Dan kita tahu atom adalah juzuk terkecil didalam sesuatu bahan.
Atom pula terdiri daripada subatomic iaitu proton, electron dan neutron.
Electron bertaburan didalam kawasan yang kita panggil sebagai orbit.
Electron yang meng'orbit' nucleus ini membentuk shell.
Kata kunci disini adalah ORBIT.
Alam semesta bimasakti yang kita diami ini pula terdiri daripada sembilan jenis planet yang mengelilingi sebuah bintang yang kita panggil sebagai matahari.
Bintang-bintng ini bergerak dalam landasan yang kita panggil sebagai orbit.
Cuba kita lihat persamaannya.
Alam semesta merupakan juzuk yang terbesar, manakala atom adalah merupakan juzuk yang terkecil.
Namun, keduanya mempunyai satu system yang sama.
Iaitu ORBIT.
Segala kejadian dan ciptaan Allah SWT untuk kita melihat, merenung dan berfikir.
Wallahualam..
p/s: saya akan pulang ke desa sekejap lagi setelah hampir satu semester beruzlah dari kampung. ~homesick