Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: bagaimana kita memandang

Monday, March 22, 2010

bagaimana kita memandang




Secangkir teh pengubat letih~ (murobbi cinta sahabat saya beli)


“Tak de masa nak baca buku-buku macam ni..” ujar seorang sahabat.

“Kita kena baca buku-buku fikrah dan ilmiah” seorang lagi sahabat mencelah.

Saya termenung panjang sambil memandang hasil buruan dari pesta buku.

Perjalanan ke Pesta buku kali ini saya kira paling senang dan berbaloi, berbanding tahun-tahun yang sudah. Kami tak perlu bersesak didalam train, malahan sempat pula melelapkan mata. Dan perjalanan yang sangat pantas, memakan masa tidak kurang tiga puluh minit!

Alhamdulilah, kembara kami kali ini ditaja khas, bas percuma disediakan. Sayangnya, book fair kali ini saya terpaksa bataskan perbelanjaan akibat beberapa kekangan.

Cuma menjadi kebingungan buku yang bagaimana harus dibeli?

Agar hasilnya berbaloi dengan apa yang dibelanjakan.


BAGAIMANA KITA MEMANDANG

Saya melihat buku sebagai medium mengubah diri. Mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik, daripada sudut cara kita berfikir, ilmu pengetahuan dan paling penting cara kita menilai dan memandang kehidupan itu sendiri.

Tidak kiralah apa genre penyampaiannya samaada melalui travelog, biografi, motivasi, fakta sejarah, tazkirah, malahan novel sekalipun!

Asalkan objektif utamanya tercapai iaitu tidak lain mendidik kita menjadi hamba yang lebih baik, itulah saya kategorikan sebagai penulisan yang berbekas.

Ada satu lagi aspek terpenting dalam menilai kualiti sesuatu penulisan.

Menurut saya, penulisan yang mampu memberi nafsu untuk kita menulis adalah tulisan yang paling baik. Membaca tulisan sebagai seorang penulis.

Bukan menolak buku haraki, dan jauh sekali mengetepikan buku ilmiah dan fikrah. Namun, cara kita melihat isi kandungan buku itu yang paling penting.

"Memandang penulisan sejarah sebagai motivasi, ia akan menjadi sumber azimat dan semangat".

"Melihat novel sebagai medium pentarbiahan diri, sifat wataknya akan cuba kita contohi dan setiap mutiara hikmah dihayati".

"Memandang buku fikrah dan haraki sebagai pelengkap diri, ia akan menambahkan kefahaman, ilmu dan pelengkap diri sebagai pejuang agama Allah".

Itulah berbalik kepada objektif asal, bagaimana penulisan tersebut mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik.

Pokok pangkalnya “bagaimana kita memandang”.


SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

Atas sebab itulah saya meminati karya ustaz Hasrizal. Nada bahasanya mudah, berbekas, dan berisi.

Dan paling penting memberi nafsu untuk saya menulis.

Bermula dari ‘Rindu bau pohon tin’ dan ‘aku terima nikahnya’, saya terus terpaku menatap setiap mutiara dalam karya-karyanya.

Dan seterusnya Secangkir teh pengubat letih.


Read more: perantaudiary | life is journey

5 comments:

  1. "Menurut saya, penulisan yang mampu memberi nafsu untuk kita menulis adalah tulisan yang paling baik. Membaca tulisan sebagai seorang penulis."

    tidak jelas.tulisan?bukankah tulisan buku2 same je?bercetak?

    "Memandang penulisan sejarah sebagai motivasi, ia akan menjadi sumber azimat dan semangat".

    benar,buku-buku ini adalah buku-buku yang mampu menggerakkan jiwa dan minda.Ia adalah sumber yang paling bermakna.

    era ini,rasanya bukan sahaja isi kandungan yang patut kita utamakan,tetapi juga penulis serta biodata penulis amat2 perlu dititik beratkan.

    kerana penulis,akidah boleh terpesong,kerana penulis juga,adab boleh songsang.

    p/s:tak jumpa galeri ilmu publication.so,tak jumpa buku ustaz hasrizal :(((

    ReplyDelete
  2. erma- (~sekadar pendapat) Buku-buku dan artikle yang baik merangsang kita untuk menulis. Berkongsi ilmu dan pengalaman melalui tulisan.

    Sgt setuju. Penulis serta biodata penulis amat2 perlu dititik beratkan.

    ReplyDelete
  3. Penulis membawa roh dakwah melalui penulisannya...

    ReplyDelete
  4. bangga dgn adik2 yg b'smgt ingin menulis...moga terus istiqamah menjalankan usaha dakwah melalui penulisan...=)

    ReplyDelete
  5. roh dakwah?

    menarik...

    ghaibiyat tue...baru beli buku ROH karya ibnu qayyim al jauziah.

    ReplyDelete