Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: tadabbur alam

Monday, November 15, 2010

tadabbur alam



tadabbur alam~ source 



Tadabbur alam.


Alam adalah sebaik-baik guru. 


Lihatlah alam dan segenap isinya termasuklah langit, pokok hutan, sungai dan segenap ciptaanNya dan tidak terkecuali susuk tubuh kita sendiri.


Semuanya itu akan mendekatkan diri kita kepada Allah swt.


"Alam ini indah, namun penciptanya jauh lebih indah.."


Tadabbur berasal daripada wazan kalimah tafau'ul, yang membawa makna perkara sukar untuk dikerjakan. 


Samalah juga wazannya dengan kalimah tahajjud dan tafakkur, dan saya kira lihat tahajjud juga bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan apatah lagi untuk diamalkan.


Sama-samalah kita melihat, merenung dan meneliti segenap ciptaanNya. Moga-moga dengan yang demikian mencetuskan zikir dan langsung mendekatkan diri kita kepadaNya.


"Alam ini indah, namun penciptanya jauh lebih indah.." 


"Mereka yang berzikir (ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring dan berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka perihalah kami daripada azab neraka.' "
(Ali Imran: 191)

wallahualam..

Read more: perantaudiary | life is journey

8 comments:

  1. hari raya kian menjelang. sultan mati mangkat dijulang. siapakah dia yg tidak kukenang, yg kusangkakan intan rupa2nya kunang2. haha.

    -mujahid

    ReplyDelete
  2. cantik kunang-kunang kan?hehe

    -inniakhofullah-

    ReplyDelete
  3. kunang2 cantik kerana cahayanya.

    -mujahid-

    ReplyDelete
  4. kalau xbercahaya, nama kunang2 ke?
    manusia xbercahaya, nama manusia juga

    -inniakhofullah-

    ReplyDelete
  5. kunang2 cantik kerana cahaya, manusia cantik kerana islam..

    i.Allah

    -imran malizi

    ReplyDelete
  6. intan tanpa cahaya, xde org nak.
    kunang2 tanpa cahaya, x cantik.
    manusia tanpa cahaya, buntu.

    -mujahid-

    ReplyDelete
  7. 'touchlight' tanpa cahaya petanda tak dop bateri..

    -imran malizi

    ReplyDelete