Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: sunnatullah

Tuesday, November 9, 2010

sunnatullah

 
fikir untuk zikir~ (sources)


Bosan.

Petang-petang begini seronok kalau dapat bermain futsal, paling tidak berjoging mengeluarkan peluh. Dan paling kurang saya fikir dapat menghilangkan tension tahap tinggi.

Petang itu kesudahannya terperap juga didalam bilik, bertemankan seorang sahabat yang juga merangkap tetamu tidak diundang, saya memulakan perkongsian fikiran.

Saya namakan diskusi petang tersebut sebagai ‘antara first law of thermodynamic dan akidah ahli sunnah waljamah’.

Wah, berat bunyinya.

Dan pastinya saya bukan ahli dan faqih dalam bidang usuluddin untuk membincangkan akidah ahli sunnah waljamaah daripada sudut ilmiah, hanya sekadar lontaran buah fikiran pelajar jurusan kimia yang masih mencari dan mendalami ilmu.

FIRST LAW OF THRMODYNAMIC

“Energy neither be created nor destroyed”

One formal statement is following:
“Although energy assumes many forms, the total quantity of energy is constant, and when energy disappears in one form it appear simultaneously in other forms”

Hanya berkisar satu ungkapan saintis barat yang mengatakan bahawa tenaga tidak boleh dicipta mahupun dimusnah.

“Macam mana kita nak betulkan statement  first law of thermodynamic yang keliru ini, sedangkan energy juga adalah makhluk..” saya memulakan provokasi, maklum dengan fakihnya ilmu penadah kitab yang berada di hadapan saya ini.

“Kita berbalik kepada sifat Qidam dan Baqa’ itu sendiri..” sahabat mula berhujah lagaknya tidak ubah seperti seorang kiyai dalam majlis ilmu.

Beliau menjelaskan pembahagian sifat Qidam dan baqa’. Menerangkan tiap-tiap pecahan dengan contoh yang mudah untuk manusia jahil seperti saya fahami .

“Tenaga tidak boleh dicipta dan dimusnah, apa sebenarnya pak cik ni nak sampaikan?” Saya mengisar punggung.

“Konsep  mudah, tenaga matahari misalnya, boleh berubah bentuk menjadi tenaga elektrik..”

“Contoh lain, dalam closed system tenaga akan dipindahkan melalui dua cara iaitu melalui heat, dan work” saya menambah.

SUNNATULLAH

“Kesimpulannya?” sahabat bertanya.

Sains adalah sunnatullah. Makan apabila lapar, api sifatnya membakar. Dan First Law of thermodynamic juga adalah hukum alam, law of nature..”

“Dan pastinya law of nature ini juga tertakluk kepada kekuasaan Allah swt, jika Allah swt tidak izinkan untuk berlaku maka pasti tidak akan terjadi..” sahabat mencelah.

Petang itu kami simpulkan, melihat dan mempelajari teori-teori sains dan menelaah kitab-kitab hukum alam (law of nature) sepatutnya lebih mengingatkan kita kepada akhirat.

Prof. Dr. hamka, pujangga dan ulama nusantara pernah berkata,

“Hujung akal pangkal agama”.

Maksudnya kemuncak fikir yang paling tinggi akan menemukan seorang hamba kepada nilai asas dan teras agama iaitu tauhid.

Dan benarlah kata-kata Albert Enstein,

“Agama tanpa sains pincang, sains tanpa agama buta”.

Ya, zikir tanpa fikir melahirkan individu yang beku, dan kaku walaupun baik daripada sudut tingkah laku. Manakala fikir tanpa zikir akan membentuk manusia yang aktif, dan dinamik namun merosakkan dirinya dan orang lain dengan kesesatan.

Wallahualam..

Perantau musafir perjuangan,
Study week,
A831, Desa Jati, Nilai.


*kredit to ‘nota fikir untuk zikir’.


Read more: perantaudiary | life is journey

4 comments:

  1. bagus la teori ni...tp mcm dah pernah dengar..

    cube plak ko relate nanotech dengan usuluddin ni..menarik untuk dibincangkan..

    ReplyDelete
  2. sebenarnya tgh boring study termo.. mu try la plk..

    -perantau

    ReplyDelete
  3. baharu alam?
    -perantau

    ReplyDelete