Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Diari: Saya rindu

Monday, February 22, 2010

Diari: Saya rindu




kemsis 10~


Saya mengharapkan perasaan ini tidak akan hilang. Saya biarkan perasaan ini terus bermain dalam jiwa, dengan harapan ia terus tersimpan. Dan pastinya perasaan ini sukar untuk saya jelaskan. Bercampur antara kenangan dulu dan kehidupan saya sekarang.

Kenangan dizaman sekolah dulu. Damai.

Menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Syah (SARJANA), saya terasa bagai kembali semula ke sekolah lama.

Bertemu adik-adik disana yang masih belum dicemari racun keseronokan dunia yang melalaikan. Dalam keadaan jiwa yang ditarbiah dengan biah solehah, saya betul-betul cemburu.

Ah, saya nak kembali ke zaman dulu!

Berada di SARJANA, bagai saya kembali kezaman persekolahan tak lama dulu, semuanya saling tak tumpah.

Melihat suasana solehah itu kembali, saya terkesan.

Muhasabah diri, jauhnya saya dengan keadaan dulu, jiwa yang dulu..


SAYA CABAR

“Abang cabar antum dan antunna semua, apabilakeluar dari SARJANA terus istiqamah dengan islam..” saya meneruskan slot forum.

“Yang muslimin kekal berjubah, berserban..”

“Muslimat istiqamah dengan tudung labuh, boleh?!” saya mencabar.

Malam itu kami berdiskusi tentang biah solehah,sekadarbersembang dan berkongsi pengalaman. Saya lontarkan kepada adik-adik tentang pentingnya ruang lingkup biah solehah. Dan kita sedia maklum, biah solehah dari segi bahasanya adalah suasana yang baik, dari segi istilah pula membawa maksud manifestasi penghayatan islam dalam kehidupan.

Dan terbahagi pula kepada beberapa skop utama yang mesti dipenuhi seperti ukhwah, penghayatan ilmu, ikhtilat dan akhlak islamiyyah.

Dan pastinya mengikut acuan Quran dan sunnah.

Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”



Forum: sembang-sembang biah solehah



MUHASABAH

Saya sempat melontarkan satu persoalanan.

“Sejauh mana pelajar yang ditaarbiah dengan biah solehah terus kekal beramal dan istiqamah terhadap nilai-nilai islam apabila keluar kealam kampus?”

Soalan dan cabaran sekadar untuk mengkoreksi diri sendiri,dan paling penting supaya adik-adik di SARJANA menyahut cabaran saya bila mereka memasuki dunia kampus.

Dan penting juga saya kira untuk sahabat-sahabat fasilitator bermuhasabah.

“Berapa ramai pelajar muslimin yang telah keluar dari ruang lingkungan biah solehah, tetap ke surau dan masjid menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah?”

“Dan berapa ramai kaum muslimat yang dahulunya bertudung labuh, sopan. Apabila keluar sahaja dari lingkungan tarbiah biah solehah terus tudungnya menjadi singkat dan seluar bertambah ketat?”

Dan lagi teruk, terus hilang tudung kepala, free hair..

Saya tak dapat bayangkan apa yang berada dalam benak golongan-golongan seperti ini, kemana hilangnya didikan, tazkirah dan taarbiah yang selama ini diasuh dan disemat ke dalam jiwa.

Sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan.

Sama-samalah kita muhasabah.



SAYA RINDU

“Abang nak tanya, sepanjang tiga hari program apa yang antum semua dapat?” sesi terakhir saya bersama adik-adik kumpulan dynamo.

“Bukan apa, abang takut. Abang-abang dan akak-akak fasi berkorban masa adik-adik sendiri hilang masa berehat hujung minggu.. rugi kalau kita semua tak dapat apa-apa” saya menyambung.

Dan alhamdulillah, jawapan positif diberikan adik-adik peserta. Cuma, saya bimbang jawapan tersebut sekadar menjaga hati abang fasi kesayangan mereka.

Saya bimbang.

“Terakhir, apa yang baik abang harap adik-adik dapat ambil sebagai pedoman dan pengalaman, dan apa yang buruk dalam program ni, adik-adik jangan sesekali ikut dan boleh campak dan buang jauh-jauh. Dan abang nak tengok muka-muka ni masuk universiti, boleh?” sayu saya menutup LDK terakhir bersama kumpulan dynamo dengan nasihat ringkas.

Saya rindu mereka semua.

Hanya doa saya tadahkan agar semua adik-adik disana berjaya didunia dan akhirat.


kumpulan 03, dynnamo



kumpulan 03, dynamo



SAYA RINDU

Dalam sedar, hampir empat tahun zaman persekolahan ditinggalkan. Dan pastinya, semuanya masih segar dalam ingatan, seperti baru semalam peristiwa itu berlaku.

Subhanallah, cepat betul masa berlalu.

Laungan takbir!

Mathurat berjemaah.

Doa wehdah, pembakar semangat.

Muslimat dengan tudung labuhnya, aurat yang terjaga.

Ya Allah, saya betul-betul rindu..



Biar jasad menjengah awan, namun doakan jiwa saya tetap berada pada zaman itu.

Ameen..



Ps: Betapa jauh kita dari zaman itu. Sama-sama muhasabah.




Faqirilallah (KEMSIS 10), Nilai, Malaysia .

Read more: perantaudiary | life is journey

5 comments:

  1. bile tgk dewan skola tu...teringat kt TAHAP...huhu...sgt rindukan bumi tarbiyah itu...

    ReplyDelete
  2. suasana pn sama mcm kt tahap..
    huhu..

    jom p tahap

    ReplyDelete
  3. terbaik dari ladang..rindu zaman sek jadi moderator..

    ReplyDelete
  4. terbaik dari kilang,rindu zaman sekolah takda sampai tulis dalam blog.cek rasa hangpa rindu menda len.

    ReplyDelete
  5. salam, fokus utama posting ini adalah untuk mengingatkan sahabat-sahabat yang pernah ditarbiah dengan biah solehah supaya terus istiqamah dan tak perlu malu untuk beramal dengan islam.
    wallahualam.. =)

    ReplyDelete