Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: Carrot Susu

Monday, February 15, 2010

Carrot Susu



carrot susu~




*Posting ini tiada sebarang unsur pengisian, sekadar hasil karya akibat bosan yang terlampau kerana berada seorang diri di Sutera Indah (tak balik raya cina, huk3).


“Bagi saya carrot susu satu..” saya meminta.

“Epal susu..” giliran sahabat pula.

Malam minggu malam untuk berehat, kalau tiada aktiviti inilah program saya.

Usai solat isyak, saya telah berjumpa sahabat lama, bertanya kabar dan bercerita tentang kehidupan. Dan tanpa diduga, malam itu saya telah dihidangkan dengan konflik yang cukup rumit.


“Dah macam cerita novel!” saya membetulkan posisi.

“Tu lah, aku ingat nak tulis novel pasal ni nanti, haha” sahabat tersengih.

Saya ringkaskan kisah tersebut dalam nada bahasa yang lebih mudah.

Saya namakan cerkon (cerita kontot) ini sebagai “Selangkah ke alam bunian misteri” atau boleh juga dinamakan “Jangan pandang-pandang”.

Pengalaman hebat seorang sahabat.

Moga-moga bermanfaat dan dapat diambil iktibar.



JANGAN PANDANG-PANDANG


Usai menunaikan solat isyak seperti biasa Husnul Fikri (bukan nama sebenar) melangkahkan kaki ke café, perutnya yang masih belum diisi sejak pagi tadi, menjerit simpati mohon untuk diisi. Belum sempat makanan dijamah, Husnul Fikri menerima satu panggilan.

“Assalamualaikum.. Fikri, apa yang enta dah buat dekat Hajar(bukan nama sebenar)?” Panggilan daripada seorang senior muslimat.

“Waalaikumsalam.. Buat apa kak?”

“Malam ni satu asrama banat kecoh, Hajar hysteria meracau menjerit nama enta!”

“Ya allah, ana tak buat apa-apa pun” wajahnya kemerahan, terkejut. Husnul Fikri beristigfar panjang.

Malam itu juga dia telah dijelaskan panjang lebar oleh senior tersebut tentang konflik yang telah berlaku.

Dadanya terasa sempit.

Kisah bermula apabila tanpa pengetahuannya seorang muslimat telah jatuh hati padanya. Dan dalam masa yang sama, sikapnya yang mesra dan peramah menjadi pemangkin kepada wujudnya perasaan muslimat tersebut.

Namun, telah menjadi lumrah seorang aktivis dakwah sepertinya untuk berhubung dengan muslimat bagi menjayakan pelbagai program.

Bagi menjalankan suatu aktiviti dakwah di kampusnya, dia kerap berhubung dan bersua muka dengan Hajar, salah seorang aktivis dakwah yang sangat disegani di kampus.

Namun akibat rasa kurang selesa dan cemburu terhadap situasi tersebut, tanpa diduga muslimat yang telah jatuh hati kepada Husnul Fikri tadi telah menggunakan pertolongan makhluk halus untuk meganggu Hajar.

Dan hasilnya, malam itu Hajar telah hysteria. Menjerit dan meracau nama Husnul Fikri.

Peristiwa tersebut tersebar dengan pantas, dan pastinya pelbagai versi dapat didengar. Dan sudah pasti memburukkan nama Husnul Fikri itu sendiri sebagai penggiat dakwah di kampusnya. Semua cerita tidak enak dan fitnah terhadapnya tersebar dengan luas.

Cerita tersebut bukan sahaja berlegar di kawasan kampusnya malahan turut menjadi buah mulut di kampus cawangan yang lain.

Manusia yang paling terkesan tentulah Husnul Fikri itu sendiri. Hampir seminggu kehidupannya tak terurus. Diganggu puluhan sms dan panggilan memohon penjelasan.

Dadanya terasa sempit. Ujian yang dihadapinya berlarutan hampir dua bulan.

Manakala Hajar pula terpaksa melanjutkan semester pengajiannya. Dibawa berjumpa pakar-pakar perubatan islam bagi memulihkannya kembali.

(Saya ringkaskan, malas nak tulis)


-TAMAT-



“Uish, betul ke ni?” saya terkejut mendengar kisah sahabat tadi.

“Dah boleh buat novel cerita ni!" saya betul-betul terkejut.

“Tak sangka pulak, aku tengok ko happy jea..” saya menyambung.

“Aku memang macam ni, dapat result exam teruk pun aku boleh ketawa buat lawak lagi..” sahabat menyedut epal susu yang dipesan tadi.

“Tapi tak sangka, budak pengajian islam pun boleh buat benda-benda macam ni”

“Tu la, nanti ko cerita la dalam blog, tapi jangan bagitau nama aku. Segan la nanti!” sahabat tersengih.

“Haha, cantit..” carrot susu segera dihabiskan.

Selesai semuanya, saya langsung berjalan pulang menuju ke kolej kediaman. Pengalaman sahabat tadi saya simpan, dan sedikit-sebanyak telah mengubah persepsi saya dalam menilai sesuatu perkara. Menilai supaya kelihatan bernilai.

Moga-moga kita sekuat sahabat tadi dalam menghadapi setiap ujian dalam perjalanan. kerana kita semua adalah perantau.

Ameen ya Robb.



*Husnul fikri(bukan nama sebenar) adalah sahabat yang memesan epal susu diatas. Lokasi dan nama watak terpaksa dirahsiakan.



Perantau musafir perjuangan

Sutera Indah, Nilai.





Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment