Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: diari
Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Monday, August 15, 2011

manfaatkan cuti, manfaatkan ramadan

Salam perantau.


Lama saya tidak menulis, konon-kononnya terlampau sibuk dengan aktiviti baru saya sebagai seorang pelukis. 


Menurut saya melukis mahupun menulis, ada nikmatnya yang tersendiri. Menulis anda perlu bijak menyusun kata, melukis anda mesti bijak bermain warna, melembutkan tangan dan berimaginasi. Ya, pasti keduanya memberikan kepuasan berlainan. 


Saya tabik hormat kepada seluruh kartunis-kartunis yang mampu mebina sebuah jalan cerita, langsung menyampaikan mesej melalui lukisan. 


Sungguh, saya betul-betul kagum dengan mereka.


p/s: Jom kita hidupkan ramadan yang berbaki ini dengan amalan sebanyaknya, anggap ini Ramadan terakhir.. =)
Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, June 22, 2011

seorang waiter..



"Steamboat biasa atau sizling barbeque?" saya bertanya, sambil menu makanan dan minuman diedarkan.


"Steamboat biasa? Ada steamboat special ke?" customer bertanya semula.


Hari ini 21hb Jun genap sebulan enam hari bekerja di sebuah restoran, atau lebih mesra dengan panggilan kedai 'steamboat dekat dengan giant', hari ini juga merupakan hari kemerdekaan yang cukup bersejarah kerana notis 24 jam masih lagi panas berasap-asap, baru sahaja dikeluarkan dari printer untuk diserahkan kepada tuan manager.


Membayangkan muka ketat tuan manager membaca surat tersebut, sambil berdoa moga-moga gaji selama 17 hari untuk bulan ini tidak menjadi mangsa. Moga-moga ini keputusan yang terbaik, lebih teruja untuk menjalani kursus animasi sambil menyelesaikan kerja makmal projek tahun akhir, 


maafkan saya tuan Manager..


Menarik dengan tentang restoran ini adalah semua staf pekerjanya terdiri daripada kaum Adam, jadi tidak timbul masalah sosial terlampau atau aurat yang secara sengaja mahupun tidak sengaja terdedah. Dan yang paling mengujakan semua pekerja boleh menyimpan janggut ataupun misai seadanya (kfc tak boleh simpan misai dengan janggut).


Cuma,


"Sampaikan kadang-kadang kita pulak rasa malu nak solat.. terbalik!" sahabat mengeluh, saya menganguk-angguk setuju. 


Satu perkara yang merimaskan.


Terpaksa mencuri-curi keluar untuk menunaikan solat, fenomena yang hampir setiap hari berlaku. Lepas daripada pandangan tuan manager ataupun superbizer, maka saya terus lesap menuju ke surau didalam bangunan giant, bergilir-gilir dengan seorang sahabat. 


Alhamdulillah sepanjang mencari pengalaman bekerja disini solat tidak pernah diabaikan walaupun seolah-seolah solat itu satu kesalahan disini.


Namun, itulah pengalaman. 


Itulah realiti masyarakat diluar sana.. tak semuanya baik-baik taat menjalankan suruhan, patuh meninggalkan larangan. 


Ada yang berkata,


"Ana bukan tak nak kerja macam enta, tapi ana nak cari kerja yang bermanfaat sikit.." seorang sahabat menembak.


Tarik nafas dalam-dalam,


"Sapa kata kerja waiter tiada manfaat?" saya menjawab dengan pertanyaan.


"Bertemu macam-macam ragam manusia, ada yang baik dan menyenangkan tak kurang yang tak sabar, sombong malahan kurang ajar.. betul-betul menguji kesabaran"


"Kenal realiti masyarakat diluar sana, kononnya melaksanakan 'tanggungjawab' sebagai pengurus restoran dan pekerja yang baik, tapi terlupa tanggungjawab yang lebih besar.. tanggungjawab sebagai hamba Allah"


"Belajar untuk hormat sesama manusia, susah sangatkah ucapkan terima kasih dan bermanis muka kepada golongan manusia yang memudahkan urusan anda.. Jangan melihatkan muka ketat, atau lebih teruk bersikap kurang ajar.. mereka juga manusia seperti anda, bukannya haiwan"


"Itu yang ana belajar.." saya menjawab. 






Termenung: kerja sendiri la senang, boleh sembahyang lima waktu dekat masjid, boleh dengar kuliyah lepas maghrib.







Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, May 14, 2011

part time





Salam termenung.


Indikator untuk menilai sejauh mana bacaan atau pengisian menarik yang saya terima boleh dilihat menerusi sebanyak mana hasil tulisan saya didalam diari ini. 


Hipotesis mudah: Semakin banyak bahan bacaan yang dihadam, semakin kerap saya menulis. Hasilnya, semakin banyak pengisian yang dapat dikongsi bersama. 


Namun tidaklah pula semua yang berlaku akan saya coretkan disini, namun suka diingatkan ini adalah diari seorang pengembara di bumi Allah swt, berkongsi ibrah dan pengajaran moga-moga menjadi manfaat kepada pembaca, lebih-lebih lagi kepada si penulis. 


Ya, sebelum saya terlupa.


Cuti selama empat bulan bukan satu tempoh yang singkat. 


Sambil-sambil menyiapkan kerja makmal untuk thesis, insyaAllah disebelah petangnya bekerja di sebuah restoran. Saya berangan mengumpul duit selama dua bulan, langsung menjelang Ramadan mempunyai dana yang penuh untuk berkelana mencari ilmu di pondok samada di negeri Kelantan atau Melaka.


Itulah impiannya. Moga diizinkan dan diberi kekuatan, mohon didoakan supaya tercapai.







Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, February 19, 2011

Bengkel: celik solat 2011



Bengkel Celik Solat 2011, program anjuran JAKSA Sutera Indah pada sabtu 19 febuari 2011 bertempat di fakulti ekonomi muamalat, bengkel untuk adik-adik berumur 5 hingga 12 tahun. 

Comel-comel je semua..

Saya dijemput secara paksa rela kerana tiada fesi lelaki untuk mengurus adik-adik muslimeen. 

Moga-moga ada manfaat untuk adik-adik.. =)



ni dia peserta bengkel _comel2 semua. 



Hassan dengan Hazique (Paling buas sekali) 


 Sembahyang ye adik-adik (merasa la kena panggil ustaz sehari).



Solat satu rakaat diimamkan oleh Imam Hassan 






90 Degree.. 































p/s: Boleh dah kot jadi Ayah.. hahaha

Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, January 23, 2011

potensi untuk islam






Permintaan sahabat untuk kartun ini dipakaikan kopiah.




Pernah dalam sebuah kem motivasi peserta diminta untuk menulis cita-cita apabila dewasa, saya tuliskan besar-besar perkataan 'SAINTIS', kemudian menggantung tag nama tersebut di leher penuh bangga. 


Ketika ramai memilih untuk menjadi polis, askar, doktor, dan bermacam lagi, saintis menurut saya lain daripada lain.

Dulu-dulu juga jika ada yang bertanya cita-cita apabila dewasa. 


Saya akan katakan kuat-kuat, 
"saya mahu jadi doktor!" penuh semangat.

Kerana minat membaca komik, menconteng dan melukis, pernah juga saya berangan-angan menjadi kartunis. Maka buku teks dan buku nota dipenuhi lukisan yang pelbagai. Tidak kira di bahagian belakang, bahagian tengah buku nota saya koyakkan dijadikan medium untuk bekarya.


Buku-buku nota habis semuanya menipis.

Itu cerita sepuluh tahun yang dulu. 


Hari ini menurut saya skrip jalan ceritanya sudah banyak yang berubah. 

Peringkat umur sepuluh tahun yang kedua telah berlalu, mula memasuki era kumpulan sepuluh tahun ketiga dalam hidup. 


Saya jangkakan sepuluh tahun ketiga ini penuh cabaran. Ya, tentunya cabaran kerjaya bagi mencari pendapatan tetap kerana tiada lagi peluang untuk menadah tangan dan menganga mulut untuk disuap daripada keluarga.


Mungkin juga cabaran cinta dan baitul muslim di penghujung peringkat sepuluh tahun ini. 


Ah, dalam perkiraan mungkin jaraknya masih jauh dan jalannya masih panjang. Paling penting dan utama bagaimana mempersiapkan diri bagi menggalas tanggungjawab yang pelbagai kelak. 


Benar, pastinya tanggungjawab sebagai individu musim, dan mungkin juga peranan dan tanggungjawab sebagai ketua baitul muslim, semuanya itu saya fikir memerlukan persediaan yang ketat dan mantap dari segenap segi. 

Tertanya-tanya juga diri sendiri tentang cita-cita, harapan dan impian. 

Saya rangkakan selepas tamat pengajian ijazah sarjana muda, berkira-kira mahu mencari peluang pekerjaan dalam bidang industri. Dalam masa yang sama jika diizinkan tuhan teringin juga menyambung pengajian dalam bidang master. Dan jika ada rezeki, teringin menjadi pensyarah dan menyumbang bakti sebagai ahli akademik. 

Itulah cita-citanya.

Bercakap soal impian, saya terus termenung.

Saya berangan-angan menerbitkan sebuah komik bertemakan islam. Bercerita mengenai dakwah, ukhuwwah dan diselitkan dengan tazkirah dan kata-kata nasihat. Menurut saya semestinya mengajak manusia kepada tuhan itu perlu dilakukan dengan cara pelbagai, kreatif, berhikmah, dan menurut syariah pastinya.


Itulah impiannya.

Menjenguk-jenguk ke alam maya, rupanya bukan saya seorang yang berfikiran sebegini. Sudah ramai yang menggunakan bakat yang dikurniakan tuhan untuk islam dan dakwah. Cuma saya kira belum diterbitkan sebagai sebuah majalah ataupun sebuah buku.


POTENSI UNTUK ISLAM




“Setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan. Setiap manusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing..” Saya teringat nasihat seorang senior.

Memikir kelebihan yang dikurniakan Allah, merenung manusia-manusia hebat dengan kelebihan masing-masing.

“Kalau tak pandai bercakap, mungkin kita hebat dalam kepimpinan..” Seniour memberitahu.


“Kalau tak pandai mengurus, mungkin kita hebat menulis..” Seniour memberi cadangan.

“Cari potensi..” Kata kunci pada petang itu.

Lalu mungkin ada yang bertanya,

“Untuk apa mencari kekuatan?”


Sabda Nabi Muhammad SAW,

"Sebaik-baik manusia adalah orang yang lebih banyak manfaatnya kepada manusia."


Itu jawapannya.

Mengenal potensi dan bakat untuk menjadi insan bermanfaat. 

Bermanfaat sebagai individu muslim menyumbang bakti kepada keluarga, masyarakat, dan paling penting bermanfaat kepada Islam. Kerana itu potensi kekuatan harus digali dan digilap, semuanya demi kepentingan islam dan dakwah.

Misalnya seorang yang petah bercakap, gunakanlah itu kelebihan untuk menyentuh hati-hati muslim supaya kembali dekat kepada Tuhan. Berceramah dan berhujah mengajak manusia supaya kembali hidup bertuhan.

Sahabat yang lunak suara misalnya, gunakanlah potensi tersebut dengan mengalunkan nasyid-nayid keinsafan bertemakan dakwah. Menyanyi dan berzanji mengajak manusia berfikir kebesaran tuhan.


Saya kira jika semua potensi dan kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah swt ini jika digunakan semaksimumnya, tidak mustahil dakwah akan cepat tersebar dan manusia akan kembali semula menghayati islam sebagai satu-satunya sebagai cara hidup.

Dan menurut saya tiada alasan untuk tidak menghidupkan usaha dakwah ini disaat umat islam kembali semula ke zaman jahiliah, lebih tepat jahiliah zaman moden.
Sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim, semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. 
Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu, ‘buat apa kau penat-penat mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.’
Lalu dijawab oleh burung tersebut, ‘Memang ia tidak akan memadamkan api tersebut, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya samada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak‘.








p/s- Membaiki diri disamping berdakwah itu perlu seiring. "Islah nafsak wadu' ghairak".

Read more: perantaudiary | life is journey

Thursday, January 13, 2011

biskut mayat




~cream cracker (sumber)


Sambil-sambil mencicip nescafe panas, saya patahkan beberapa keping biskut, kemudian perlahan-lahan saya rendamkan kepingan biskut tadi ke dalam nescafe yang masih lagi berasap.


Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, biskut mayat selamat disemadikan.

Tidak ada lagi siri bercakap dengan langsir, saya baru sahaja berhijrah ke kediaman baru. Lebih tenang saya kira.

Membelek-belek journal berkaitan projek tahun akhir.

“Green Synthesis of Levulinate Ester using Immobilized Lipase”.

Tajuk yang menarik saya kira, penghasilan ester menggunakan enzyme.

Semester ini hanya perlu menyiapkan research proposal, semester depan mula menulis dan kemungkinan besar cuti panjang selama empat bulan pada hujung semester ini akan cuba menyelesaikan lab work, kerja makmal.

Bertanya En. Google, melawat juga ke sciences direct mencari bahan tambahan.

“Adding Ethyl Levulinate to the diesel results in a cleaner burning fuel with high lubricity, flashpoint stability, reduce sulphur content and improved viscosity”.

"Cleaner burning fuel?"


Saya kira ada kaitan dengan projek honour seminar saya pada semester lepas, biofuel. Tak boleh mengulas panjang kerana masih dalam proses pembacaan.


BERSYUKURLAH


Dulu saya pernah bercerita tentang istiqamahnya seorang sahabat dalam mengerjakan solat fardhu lima waktu secara berjemaaah di masjid walaupun keadaan fizikalnya yang lumpuh kedua belah kaki.


Melihat sahabat tadi mengesot-ngesot mengerah segala keringat menaiki anak tangga masjid daripada kerusi rodanya, saya termenung panjang dan mungkin sedikit sebak. 


Betapa besar nikmat berjalan dan berlari.  


Betapa kita yang masih sihat untuk berlari dan mempunyai kenderaan masih lagi liat dan bermacam alasan untuk menunaikan solat secara berjemaah.  


Ucapkan rasa syukur, terima kasih kepada Allah s.w.t diatas nikmat berjalan, berlari, bernafas, dan segenap nikmat yang dikurniakan terutama kepada dua nikmat yang paling besar, nikmat iman dan islam.


Dan kita buktikan rasa syukur kita dengan melakukan ketaatan dan sedaya upaya menjauhi kemaksiatan, moga-moga Allah s.w.t menerima dan memimpin kita menuju redhaNya. 


Ameen.. 



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Nabi saw bersabda yang maksudnya : 

“Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu”. (Bukhari)




p/s- peringatan untuk penulis pastinya


Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, January 5, 2011

siri bercakap dengan langsir




~pensive -source-



Melihat ke luar tingkap. 

Langit yang luas, bangunan canselori dan atap-atap rumah di taman perumahan. 
Mata terpaku pada ambulances di sisi sebuah kereta yang sudah tersadai, terbabas barangkali. 


Sambil melayan lagu Azhan, Ku milik-Mu.


"Jauh ku tinggalkan kisah semalam
Jauh ku tinggalkan duka kelmarin
Kusut jiwa menyesakkan dada
Kecamuk hati ini tak pernah ku luah

Ketika Kau kurniakan
NikmatMu kepadaku
Terasa diri dlimpahi RahmatMu

Ku mohon Engkau pimpinlah kelemahan hati ini
Agar aku selalu di jalan RedhaMu
Tak putus memujiMu
Moga tak Kau biarkan dan lontarkan diriku
Bersama mereka yang di dalam kemurkaanMu 

Tuhan kepadaMu aku meminta
Jangan Kau biarkan aku terleka
Dan tenggelam dalam nikmat dunia
Terlupa yang ku miliki semua milikMu

Hanyalah keikhlasan serta pengabdianku
Menjadi lafaz syukurku kepadaMu

Dan ku kembali padaMu Tuhan
Yang Menciptakan "
Bilik baru saya di tingkat enam ini terletak berhampiran dengan highway, walaupun bunyi bising kenderaan lalu lalang namun permandangan di luar cukup cantik dan indah. Paling menarik boleh online secara percuma menggunakan wireless kampus yang jaraknya tidak kurang daripada dua kilometer!

Minggu pertama di semester keenam bermula. Selain daripada online dan termenung di tepi tingkap tidak banyak aktiviti menarik yang dapat dilakukan, saya kini terbuang seorang diri tinggal bersama junior tahun satu. 


Sahabat-sahabat yang lain ada yang menyewa di luar. Bosan.

Saya terkenang aktiviti menarik di semester lepas, antaranya keluar mengisi perut pada lewat malam seperti sahur di kfc dan menjamu selera di restoran baqarah pada pukul dua dan tiga pagi. 

Semuanya tinggal kenangan, kediaman di blok baru ini berpagar dan semua kenderaan hanya dibenarkan masuk sehingga pukul 12 tengah malam sahaja. Ada pak guard yang setia mencatit dan menyoal jika berani melanggar peraturan.

Saya kira cukup enam bulan disini saya akan mula bercakap dengan langsir, bersembang dengan bekas biskut, memarahi speaker laptop, berkelahi dengan kipas, bergurau dengan tombol pintu dan tidak mustahil dihantar menemui psikatri.


Tazkirah ringkas


"Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat,


ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya". 


"Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan,


ALLAH telah mengira setiap titis air matamu". 


"Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa,


ALLAH sentiasa menunggu taubatmu". 


"Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil,


ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga". 


"Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman,


ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.."




"Hidup ini indah jika bersama ALLAH"




p/s: sedang berkira-kira untuk tinggal di baitul harakah.
   
Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, February 22, 2010

Diari: Saya rindu




kemsis 10~


Saya mengharapkan perasaan ini tidak akan hilang. Saya biarkan perasaan ini terus bermain dalam jiwa, dengan harapan ia terus tersimpan. Dan pastinya perasaan ini sukar untuk saya jelaskan. Bercampur antara kenangan dulu dan kehidupan saya sekarang.

Kenangan dizaman sekolah dulu. Damai.

Menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Syah (SARJANA), saya terasa bagai kembali semula ke sekolah lama.

Bertemu adik-adik disana yang masih belum dicemari racun keseronokan dunia yang melalaikan. Dalam keadaan jiwa yang ditarbiah dengan biah solehah, saya betul-betul cemburu.

Ah, saya nak kembali ke zaman dulu!

Berada di SARJANA, bagai saya kembali kezaman persekolahan tak lama dulu, semuanya saling tak tumpah.

Melihat suasana solehah itu kembali, saya terkesan.

Muhasabah diri, jauhnya saya dengan keadaan dulu, jiwa yang dulu..


SAYA CABAR

“Abang cabar antum dan antunna semua, apabilakeluar dari SARJANA terus istiqamah dengan islam..” saya meneruskan slot forum.

“Yang muslimin kekal berjubah, berserban..”

“Muslimat istiqamah dengan tudung labuh, boleh?!” saya mencabar.

Malam itu kami berdiskusi tentang biah solehah,sekadarbersembang dan berkongsi pengalaman. Saya lontarkan kepada adik-adik tentang pentingnya ruang lingkup biah solehah. Dan kita sedia maklum, biah solehah dari segi bahasanya adalah suasana yang baik, dari segi istilah pula membawa maksud manifestasi penghayatan islam dalam kehidupan.

Dan terbahagi pula kepada beberapa skop utama yang mesti dipenuhi seperti ukhwah, penghayatan ilmu, ikhtilat dan akhlak islamiyyah.

Dan pastinya mengikut acuan Quran dan sunnah.

Nabi saw bersabda:

"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”



Forum: sembang-sembang biah solehah



MUHASABAH

Saya sempat melontarkan satu persoalanan.

“Sejauh mana pelajar yang ditaarbiah dengan biah solehah terus kekal beramal dan istiqamah terhadap nilai-nilai islam apabila keluar kealam kampus?”

Soalan dan cabaran sekadar untuk mengkoreksi diri sendiri,dan paling penting supaya adik-adik di SARJANA menyahut cabaran saya bila mereka memasuki dunia kampus.

Dan penting juga saya kira untuk sahabat-sahabat fasilitator bermuhasabah.

“Berapa ramai pelajar muslimin yang telah keluar dari ruang lingkungan biah solehah, tetap ke surau dan masjid menghadiri majlis ilmu dan solat berjemaah?”

“Dan berapa ramai kaum muslimat yang dahulunya bertudung labuh, sopan. Apabila keluar sahaja dari lingkungan tarbiah biah solehah terus tudungnya menjadi singkat dan seluar bertambah ketat?”

Dan lagi teruk, terus hilang tudung kepala, free hair..

Saya tak dapat bayangkan apa yang berada dalam benak golongan-golongan seperti ini, kemana hilangnya didikan, tazkirah dan taarbiah yang selama ini diasuh dan disemat ke dalam jiwa.

Sekadar berkongsi pengalaman dan pengamatan.

Sama-samalah kita muhasabah.



SAYA RINDU

“Abang nak tanya, sepanjang tiga hari program apa yang antum semua dapat?” sesi terakhir saya bersama adik-adik kumpulan dynamo.

“Bukan apa, abang takut. Abang-abang dan akak-akak fasi berkorban masa adik-adik sendiri hilang masa berehat hujung minggu.. rugi kalau kita semua tak dapat apa-apa” saya menyambung.

Dan alhamdulillah, jawapan positif diberikan adik-adik peserta. Cuma, saya bimbang jawapan tersebut sekadar menjaga hati abang fasi kesayangan mereka.

Saya bimbang.

“Terakhir, apa yang baik abang harap adik-adik dapat ambil sebagai pedoman dan pengalaman, dan apa yang buruk dalam program ni, adik-adik jangan sesekali ikut dan boleh campak dan buang jauh-jauh. Dan abang nak tengok muka-muka ni masuk universiti, boleh?” sayu saya menutup LDK terakhir bersama kumpulan dynamo dengan nasihat ringkas.

Saya rindu mereka semua.

Hanya doa saya tadahkan agar semua adik-adik disana berjaya didunia dan akhirat.


kumpulan 03, dynnamo



kumpulan 03, dynamo



SAYA RINDU

Dalam sedar, hampir empat tahun zaman persekolahan ditinggalkan. Dan pastinya, semuanya masih segar dalam ingatan, seperti baru semalam peristiwa itu berlaku.

Subhanallah, cepat betul masa berlalu.

Laungan takbir!

Mathurat berjemaah.

Doa wehdah, pembakar semangat.

Muslimat dengan tudung labuhnya, aurat yang terjaga.

Ya Allah, saya betul-betul rindu..



Biar jasad menjengah awan, namun doakan jiwa saya tetap berada pada zaman itu.

Ameen..



Ps: Betapa jauh kita dari zaman itu. Sama-sama muhasabah.




Faqirilallah (KEMSIS 10), Nilai, Malaysia .

Read more: perantaudiary | life is journey