Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau: kelebihan bulan Zulhijjah sepuluh hari pertama

Friday, November 12, 2010

kelebihan bulan Zulhijjah sepuluh hari pertama


zulhijjah month~


Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. 
Para Sahabat Baginda bertanya : 
“Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . 
Ujar Baginda : 
“Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”. 

Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. 


Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : 

“Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”. 



AMALAN YANG DIANJURKAN 

* Menunaikan ibadah haji dan umrah merupakan sebaik-baik amalan.

* Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah.

* Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir pada-Nya.

* Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai  keampunan dan rahmat Allah. 

* Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, membaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

* Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia (hari raya Aidiladha) itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah.

* Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

* Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya. 



p/s: Semoga kita diberi kekuatan untuk beramal. 

Sumber: portal jakim

Read more: perantaudiary | life is journey

No comments:

Post a Comment