Read more: perantaudiary Blogspot | life is journey diari perantau

Friday, December 2, 2011

Complete my FYP =)










"Green Synthesis of Ethyl levulinate using Dual Enzyme Responses of Immobilize Lipase"
-3 December 2012- 
-Complete-








Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, November 11, 2011

conteng-conteng: terbang tinggi








www.contengconteng.com



"Pegang kuat-kuat kucing the cat, jangan sampai jatuh".

"Kita nak pergi mana sebenarnya?" pandang-pandang ke bawah. 

"Hari ini kita akan terbang!" senyum, separuh menjerit.

"Kau tak takut ke? Tak gayat?" pandang-pandang semula ke bawah. Takut.

"Ah, aku dah cakap tadi jangan ikut, kau degil.." kening tajam ke depan.


"Sapa cakap aku takut? Ini kucing the cat lah!" cakar semakin kemas, mata terpejam rapat. 


Terus terbang, semakin lama semakin tinggi. Sehinggalah..


"Subhanallah cantiknya.." serentak mereka berbisik.









"Eh, kau ada dengar bunyi muzik?" mencari-cari ke kiri dan kanan. 


"Tak.." cakarannya makin kemas, takut jatuh agaknya. Bunyi muzik makin kuat, makin jelas.

"Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki
Cuba mendaki sejauh lelangit yang tinggi
Seperti mereka yang telah merasa
Terbang tinggi apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing
Si musafir berkelana di bumi yang lain
Tiada bermegah tidak terlalu lemah
Sebaik perkara yang sederhana

Kau takkan hidup dengan pujian manusia
Atau mati dengan cacian mereka
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka


Jangan kesal jangan sesal dengan siapa sebenarnya kita
Dan terbang tinggi di langit yang luas
Terima dirimu seadanya

Jangan caci pada si dia hina
Jangan benci pada yang tak mengertinya
Kasihanilah dia yang tak menghayatinya
Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaanya kita ilmu dan sikah
Mungkin kelak kau akn mengertinya
Pengertian hidup bukanlah apa yang kau sangka

Jangan sesal jangan kesal
Jangan kesal jangan sesal
Terima dirimu seadanya
Dan terbang tinggi dilangit yg luas"

(Terbang tinggi : Yasin)



"Aku nak turun!" kucing the cat tiba-tiba mengamuk. Lapar agaknya.




"Sabarlah, sekejap je lagi.."




"Ah, turunkan aku kat sini.. sekarang juga!" mencakar-cakar pinggang.




"Hoi! Sakitlah" Menjerit.




"Eh kita kat mana ni?" pandang keliling, bingung. Tiba-tiba muncul bayangan ibunya 


membawa sesuatu, dia sendiri tidak pasti. Kucing the cat perlahan-lahan menjauh, 


menuju ke arah makanan yang telah terhidang.






"Mak dah kata jangan tidur lepas Asar, kan dah mengigau..

















P/s - "You won't live by others' compliments, Or die by their contempt."




Read more: perantaudiary | life is journey

Friday, October 21, 2011

chemist =)








Saya semadikan levulinic acid ke dalam universal bottle yang berisi beberapa gram larutan ethanol, sambil mata menjeling kearah novozyme dan lipozyme yang menanti untuk disukat. Manakala, kepala ligat berfikir sukatan distilled water untuk dicampur bersama NaOH bagi menyediakan 1.0 molar sodium hydroxide NaOH. Bertambah pening apabila larutan acetone ethanol sudah kering didalam botol, makanya larutan ini perlu ditambah semula untuk proses termination dan titration.


"green synthesis of ethyl levulinate by dual enzyme responses"


Setelah hampir sebulan lebih menyiapkan kerja makmal untuk final year project, alhamdulillah pada hari rabu (19 oktober 2011) saya berjaya menyiapkan sample terakhir untuk FTIR analisis di UKM.


Sebulan lebih kerja part time bagi mencari dana membayar penginapan dan makan pakai sebagainya, kemudiannya hampir 20 hari kursus animasi, menyambung semula kerja makmal, dan ahamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.


-Menuju fasa seterusnya, writing. =="







Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, September 28, 2011

membina Legasi


Berkat dorongan dan bantuan sahabat-sahabat seperjuangan, akhirnya tertubuh juga sebuah kelab kartunis yang diberi nama GENG kartunis USIM di bawah unit IT Sekretarian Pemdakwah Muda Malaysia. Alhamdulillah, Saya ucapkan puji-pujian hanya kepada Allah, moga-moga usaha yang sedikit ini mampu menggerakkan kerja dakwah di bumi USIM. 

Cuma menjadi kegusaran, siapa yang akan meneruskan legasi dakwah dalam bidang ini. Ya, saya cuma ada tidak sampai enam bulan untuk membina legasi kartunis dakwah di bumi USIM ini. Bergaduh dengan thesis, mengintai latihan industri untuk semester hadapan.

Ah, saya termenung panjang.

Mohon doanya. ^^

perantau, 1.05 am
29 September, Desa Jati, Nilai
Read more: perantaudiary | life is journey

Monday, August 15, 2011

manfaatkan cuti, manfaatkan ramadan

Salam perantau.


Lama saya tidak menulis, konon-kononnya terlampau sibuk dengan aktiviti baru saya sebagai seorang pelukis. 


Menurut saya melukis mahupun menulis, ada nikmatnya yang tersendiri. Menulis anda perlu bijak menyusun kata, melukis anda mesti bijak bermain warna, melembutkan tangan dan berimaginasi. Ya, pasti keduanya memberikan kepuasan berlainan. 


Saya tabik hormat kepada seluruh kartunis-kartunis yang mampu mebina sebuah jalan cerita, langsung menyampaikan mesej melalui lukisan. 


Sungguh, saya betul-betul kagum dengan mereka.


p/s: Jom kita hidupkan ramadan yang berbaki ini dengan amalan sebanyaknya, anggap ini Ramadan terakhir.. =)
Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, June 22, 2011

seorang waiter..



"Steamboat biasa atau sizling barbeque?" saya bertanya, sambil menu makanan dan minuman diedarkan.


"Steamboat biasa? Ada steamboat special ke?" customer bertanya semula.


Hari ini 21hb Jun genap sebulan enam hari bekerja di sebuah restoran, atau lebih mesra dengan panggilan kedai 'steamboat dekat dengan giant', hari ini juga merupakan hari kemerdekaan yang cukup bersejarah kerana notis 24 jam masih lagi panas berasap-asap, baru sahaja dikeluarkan dari printer untuk diserahkan kepada tuan manager.


Membayangkan muka ketat tuan manager membaca surat tersebut, sambil berdoa moga-moga gaji selama 17 hari untuk bulan ini tidak menjadi mangsa. Moga-moga ini keputusan yang terbaik, lebih teruja untuk menjalani kursus animasi sambil menyelesaikan kerja makmal projek tahun akhir, 


maafkan saya tuan Manager..


Menarik dengan tentang restoran ini adalah semua staf pekerjanya terdiri daripada kaum Adam, jadi tidak timbul masalah sosial terlampau atau aurat yang secara sengaja mahupun tidak sengaja terdedah. Dan yang paling mengujakan semua pekerja boleh menyimpan janggut ataupun misai seadanya (kfc tak boleh simpan misai dengan janggut).


Cuma,


"Sampaikan kadang-kadang kita pulak rasa malu nak solat.. terbalik!" sahabat mengeluh, saya menganguk-angguk setuju. 


Satu perkara yang merimaskan.


Terpaksa mencuri-curi keluar untuk menunaikan solat, fenomena yang hampir setiap hari berlaku. Lepas daripada pandangan tuan manager ataupun superbizer, maka saya terus lesap menuju ke surau didalam bangunan giant, bergilir-gilir dengan seorang sahabat. 


Alhamdulillah sepanjang mencari pengalaman bekerja disini solat tidak pernah diabaikan walaupun seolah-seolah solat itu satu kesalahan disini.


Namun, itulah pengalaman. 


Itulah realiti masyarakat diluar sana.. tak semuanya baik-baik taat menjalankan suruhan, patuh meninggalkan larangan. 


Ada yang berkata,


"Ana bukan tak nak kerja macam enta, tapi ana nak cari kerja yang bermanfaat sikit.." seorang sahabat menembak.


Tarik nafas dalam-dalam,


"Sapa kata kerja waiter tiada manfaat?" saya menjawab dengan pertanyaan.


"Bertemu macam-macam ragam manusia, ada yang baik dan menyenangkan tak kurang yang tak sabar, sombong malahan kurang ajar.. betul-betul menguji kesabaran"


"Kenal realiti masyarakat diluar sana, kononnya melaksanakan 'tanggungjawab' sebagai pengurus restoran dan pekerja yang baik, tapi terlupa tanggungjawab yang lebih besar.. tanggungjawab sebagai hamba Allah"


"Belajar untuk hormat sesama manusia, susah sangatkah ucapkan terima kasih dan bermanis muka kepada golongan manusia yang memudahkan urusan anda.. Jangan melihatkan muka ketat, atau lebih teruk bersikap kurang ajar.. mereka juga manusia seperti anda, bukannya haiwan"


"Itu yang ana belajar.." saya menjawab. 






Termenung: kerja sendiri la senang, boleh sembahyang lima waktu dekat masjid, boleh dengar kuliyah lepas maghrib.







Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, May 14, 2011

part time





Salam termenung.


Indikator untuk menilai sejauh mana bacaan atau pengisian menarik yang saya terima boleh dilihat menerusi sebanyak mana hasil tulisan saya didalam diari ini. 


Hipotesis mudah: Semakin banyak bahan bacaan yang dihadam, semakin kerap saya menulis. Hasilnya, semakin banyak pengisian yang dapat dikongsi bersama. 


Namun tidaklah pula semua yang berlaku akan saya coretkan disini, namun suka diingatkan ini adalah diari seorang pengembara di bumi Allah swt, berkongsi ibrah dan pengajaran moga-moga menjadi manfaat kepada pembaca, lebih-lebih lagi kepada si penulis. 


Ya, sebelum saya terlupa.


Cuti selama empat bulan bukan satu tempoh yang singkat. 


Sambil-sambil menyiapkan kerja makmal untuk thesis, insyaAllah disebelah petangnya bekerja di sebuah restoran. Saya berangan mengumpul duit selama dua bulan, langsung menjelang Ramadan mempunyai dana yang penuh untuk berkelana mencari ilmu di pondok samada di negeri Kelantan atau Melaka.


Itulah impiannya. Moga diizinkan dan diberi kekuatan, mohon didoakan supaya tercapai.







Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, April 12, 2011

Kehebatan mukjizat Alquran





picture by http://baydba.deviantart.com/ - baca Quran jom.





Saya sedang termenung seperti biasa. 


Dan seperti selalu juga, diari ini cukup lama bersawang, sebenarnya banyak perkara untuk dikongsi, antara yang paling mengujakan adalah ceramah bedah buku daripada Dr. Mohd Arip Kasmo berkenaan kehebatan susunan ayat Quran.


Bagaimana hebatnya mukjizat Allah SWT ini dikaji mengikut kaca mata matematik dan statistik (boleh rujuk disini). Sekiranya koordinat-koordinat (titik-titik yang mewakili kedudukan surah dan bilangan ayat) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk dan apabila kordinat-kordinat ini cantumkan dengan cara yang lain, maka kalimah Muhammad pula terbentuk!








Turut terkesima dengan kehebatan surah Al-hadid yang cukup berkait rapat dengan kimia. 


Hadid diterjemah kedalam bahasa melayu adalah besi ataupun dalam istilah kimia digelar Ferum (Fe). Sebelum kemunculan angka (1,2,3,4..) orang arab menggunakan huruf-huruf jummal iaitu sitem pengiraan menggunakan abjad arab.




jumal

Hasil tambah kalimah arab daripada perkataan Al-Hadid memberi nilai 57. Apa yang menarik surah ini merupakan surah yang ke-57 dalam Al-Quran. Dan jika dibuang perkataan al, dikira perkataan hadid sahaja jumlahnya adalah 26.

Ini fakta yang paling mengujakan untuk peminat-peminat kimia, Ferum (Fe) mempunyai bilangan proton 26! Dan jika dikira perkataan kalimah Allah sebelum perkataan Hadid yang terdapat pada ayat ke 25, jumlahnya juga adalah 26!

Saya suka meminjam ayat Dr, "adakah ini juga masih kebetulan?"

Beliau turut membincangkan karangan pertamanya PASAK, dan dengan terujanya saya merembat kedua-dua buku tersebut, moga-moga bermanfaat. Menurut saya, siapa lagi yang diharap untuk mengkaji kehebatan AlQuran mengikut kaca mata sains selain daripada penimba ilmu dalam bidang itu sendiri.


Al-Quran menrupakan mukjizat teragung, analisis alquran menurut kaca mata sains bukanlah perkara baru bahkan ia cukup untuk dijadikan modal dan hujah yang ampuh bagi menarik golongan non-muslim kepada islam.


P/s: Masih dalam proses penekunan.


rujukan: 'kehebatan susunan Al-quran', Dr Mohd Arip kasmo





Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, March 29, 2011

empty



picture by hypnose77



Kosong itu satu nikmat.

Kadang-kadang jiwa terasa kosong, hati gundah dan gelisah, jiwa kacau tak menentu. Dan ketika ini nafsu dan syaitan mengambil peranan. Jadi, bermacam perkara akan dilakukan kononnya bagi mencari ketenangan semula. 

Makan sepuasnya?
Tengok wayang?
Bersukan?

Lakukanlah apa pun..

Cuma barang diingat bahawa 'hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang dan tenteram.."

Jiwa kosong? 

bersyukurlah..

Itu sebenarnya satu nikmat. Ya, nikmat untuk mencari Tuhan semula.. 


p/s: Hanya cakap-cakap kosong, dari jiwa yang kosong T_T 


Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, March 27, 2011

politik fitnah + politik lucah = ?













Malaysia sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. 


Ya, demokrasi sengal..


Politik fitnah + politik lucah = Politik sampah





Read more: perantaudiary | life is journey

Saturday, February 19, 2011

Bengkel: celik solat 2011



Bengkel Celik Solat 2011, program anjuran JAKSA Sutera Indah pada sabtu 19 febuari 2011 bertempat di fakulti ekonomi muamalat, bengkel untuk adik-adik berumur 5 hingga 12 tahun. 

Comel-comel je semua..

Saya dijemput secara paksa rela kerana tiada fesi lelaki untuk mengurus adik-adik muslimeen. 

Moga-moga ada manfaat untuk adik-adik.. =)



ni dia peserta bengkel _comel2 semua. 



Hassan dengan Hazique (Paling buas sekali) 


 Sembahyang ye adik-adik (merasa la kena panggil ustaz sehari).



Solat satu rakaat diimamkan oleh Imam Hassan 






90 Degree.. 































p/s: Boleh dah kot jadi Ayah.. hahaha

Read more: perantaudiary | life is journey

Wednesday, February 16, 2011

PRK USIM: kembalikan mimpi saya








Ini mungkin hanya luahan yang tidak berfakta dan tidak ada unsur ilmiah. Hanya luahan beremosi pemerhati politik kampus yang kuat berangan!

Menjejakkan kaki ke menara gading, saya pernah membayangkan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang meriah, bermimpi tokoh-tokoh mahasiswa berhujah dengan idealisme yang menggugah, melontarkan pandangan atau kritikan tanpa rasa takut dan goyah.

Pernah juga bermimpi hebatnya perayaan demokrasi kampus, memangkah kertas undi, mendengar pidato-pidato berpengaruh dan pastinya menikmati demokrasi kampus yang tidak dipengaruhi atau diperkuda oleh agen kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang.

Malangnya, Saya terus hanyut bersama mimpi-mimpi tersebut.

PRK saya yang pertama, tiada pen dan kertas undi untuk dipangkah! 

Usim merupakan kampus pertama dijadikan bahan kajian makmal untuk sistem e-voting. Dan terus berjangkit kepada beberapa kampus yang lain. Entah apa rasionalnya penggunaan sistem ini saya kurang arif.

PRK seperti jugalah hari-hari biasa, tidak ada apa yang luar biasa dan istimewa tentang hari penamaan calon, malam pengenalan calon, dan sehinggalah berlarutan ke hari pembuangan undi. Seperti hari-hari kuliah yang biasa.  

Bawa kad matrik dan hanya perlu klik kepada gambar yang anda berkenan. Akhlak, manifesto, agenda, idealisme, dan karisma sebagai pemimpin menurut saya tidak dapat dinilai dengan sekeping gambar ataupun selama tiga puluh minit pengucapan awam semasa malam pengenalan calon. Ah, pilihan raya apa seperti ini?

Ini bukan pemilihan pengawas sekolah!

Saya tidak mengharapkan tertubuhnya parti Pro kerajaan mahupun Pro pembangkang di kampus ini, cukup sekadar pulangkan kembali mimpi-mimpi saya tentang kemeriahan pilihan raya kampus. Dan jika sekalipun wujud politik kepartian di kampus ini saya kira lebih baik, sekurang-kurangnya wujud suasana demokrasi yang sihat di kampus ini. 

Betul, mungkin ada yang berpendapat bahawa dengan wujudnya politik kepartian di kampus ini mahasiswa akan terpengaruh dengan politik kepartian di luar kampus dan sekaligus mempengaruhi pemikiran mereka. Namun harus diingat, kecenderungan menyokong atau membangkang pendirian parti tertentu dalam sesuatu isu adalah perkara lumrah dan fitrah bagi golongan yang berfikir samada isu tersebut bertepatan ataupun bertentangan dengan agenda perjuangan mereka

Bukan perkara ini yang patut dirungsingkan oleh pihak pentadbiran universiti malahan perkara inilah yang harus digalakkan kerana membuktikan mahasiswa mengambil cakna dan merespon isu semasa. Sepatutnya yang menjadi kerisauan adalah budaya 'aku tidak pedulisme' di kalangan mahasiswa, atau lebih tepat budaya  'tiga K', kuliah, kafe, dan katil.

Menurut saya pihak pentadbiran tidak perlu takut kepada bayang-bayang sendiri, biar anak-anak muda ini dengan idealisme mereka. Bersetuju tidak beerti menyokong, dan membangkang tidak pula bermakna membenci. 
Itulah sepatutnya, mahasiswa menjadi check and balances kepada kedua belah pihak. 

Saya mengharapkan perubahan dalam sistem PRK usim, dan paling penting kembalikan mimpi-mimpi saya!



p/s: Hanya luahan beremosi, selamat mengundi!



  
Read more: perantaudiary | life is journey

Tuesday, February 15, 2011

interfaith dialogue









Allah SWT berfirman yang bermaksud,



Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan antara Kami Dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian Yang lain untuk dijadikan orang-orang Yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Surah Ali-Imran (ayat 64)


Menurut panelis semalam pengkajian Bible dengan kritikal tidak akan membawa seseorang itu terpaut pada ajaran kristian, malahan mengkaji dan mendalami bible akan membongkar seribu macam kesalahan dan pertentangan antara satu dengan yang lain. 

Dan kebanyakan yang murtad dan menganut Kristian terutama di kawasan Asia kerana agenda kebajikan yang dibawa oleh missionary bukan kerana faktor keilmuwan atau kefahaman. Jadi, tidak perlu takut untuk membaca Bible. 

Ini antara video yang dicadangkan oleh panelis dialog antara agama semalam, program yang mencerahkan.


Former Bible scholar - Bard D. ehrman 






Former Christian Youth Minister - Joshua Evans





Former Ateist - Dr Lawrence brown




Former Christian Minister- Dr. Jerald Dirks








p/s: Salam Maulidur Rasul, jom banyakkan selawat, tambahkan kecintaan dan amalkan sunnah Nabi SAW.


Read more: perantaudiary | life is journey

Sunday, February 13, 2011

Kisah Nabi Musa: Pengajaran pada Hari Valentine



Cerita ini saya dapat secara langsung daripada seorang ustaz semalam, kisah Nabi Musa dan dikaitkan secara tidak langsung dengan sambutan hari Valentine yang jatuh pada 14 Februari. Moga-moga ada pengajarannya.

*************************

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”.
Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.
Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat.
Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.
Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.
Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”
“Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
“Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.
“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”
Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.”
Itulah berkat anak yang soleh. 
Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga.
Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.
Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.
Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

*************************************

Pasti anda tertanya-tanya kaitan antara kisah diatas dan sambutan Hari Valentine. Ada kaitannya, 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan Tuhanmu sudah perintahkan, supaya engkau tidak menyembahkan melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada usia tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar), sekalipun perkataan ‘uuh’ dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan santun)...
Surah Al-Israk (Ayat 23-24) 

Cuba kita fikirkan mengucapkan perkataan 'uuh' atau 'ahh' sudah dikira sebagai menderhaka apatah lagi jika kita memalukan, mengaibkan, dan menghancur remukkan hati dan perasaan kedua-dua mereka dengan perlakuan sumbang di hari kekasih.
Sekadar perkongsian.



Read more: perantaudiary | life is journey